13 Tempat Makan Best Western Di Bukit Mertajam Pulau Pinang | Khalifah Media Networks – Sudah semestinya jika kita ke suatu tempat pasti akan tercari-cari tempat makan yang best disekitar situ kan? Tambah-tambah perut pun dah lapar mesti teringin macam-macam kan?
Di sini kami memberi tiga belas pilihan tempat makan best western yang sedap di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Kalau dekat dengan tempat penginapan, kenapa tidak untuk mencuba kan? Mari kita cuci mata dengan 13 tempat makan best di Bukit Mertajam ni.
1. THE WANTED GRILL
Jika anda bertandang ke Bukit Mertajam, Restoran The Wanted Grill ini bukan lah sesuatu yang asing lagi bagi penduduk setempat. Tempat ini popular dengan menu masakan barat yang memang membuka selera anda. Hiasan restoran kemas dan selesa untuk pelanggan menikmati hidangan.
Walau sedap, anda mungkin tak mampu habiskan juadah yang dihidang. Boleh lah anda kongsi kalau mahu. Ok disini kami sertakan beberapa menu masakan di restoran ini.
Untuk pengetahuan anda, restoran ini terletak di alamat : No 19,Lorong Perda Utama 7, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Waktu mereka beroperasi pula dari pukul 6 petang – 2 pagi.
FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/thewantedgrill/
2. ADAM’S KITCHEN
Restoran makanan western kedua yang menjadi pilihan adalah Adam’s Kitchen. Suasana hiasan restoran serta ruang indah dihiasi dengan gaya kreatif pasti memberi keselesaan untuk menjamu selera. Disini bukan sahaja tempat sesuai untuk makan seisi keluarga bahkan ia juga tempat santai untuk bertemu atau berbincang sesama rakan.
Masakan western yang popular disini antaranya adalah Grilled BBQ Lamb Chop, Double Chop Special, Combo Mixed Platter dan banyak lagi. Masakan disini ibarat sajian barat berkonsep tradisional. Apa yang menariknya, Segala ramuan dihasilkan sendiri oleh mereka dan harga yang berbaloi. Sajian minuman yang menarik juga pasti membuat anda puas hati. Jom tengok gambar-gambar beberapa menu disajikan.
Restoran Adam’s Kitchen ini terletak di alamat seperti berikut : No G-28 Ground Floor De’, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Beroperasi setiap hari kecuali hari rabu bermula dari pukul 12 pm – 11 pm. Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan boleh hubungi 04-530 2771.
FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/adamskitchenpenang/
3. PAK MAT WESTERN
Ok restoran yang ini pula ramai yang review kata memang sedap dan lain dari yang lain. Di Pak Mat Western ni ada pelbagai makanan ala barat disediakan dan menu top yang selalu jadi pilihan pula adalah seperti Spaghetti, Mix Platter, Cheezy Chicken Chop dan bermacam lagi. Anda datang dan pilih menu yang dijamin rambang mata untuk mencubanya.
Anda boleh menikmati masakan western disini dengan tawaran harga yang berbaloi. Apa lagi set waktu dengan keluarga atau kawan-kawan datang dan rasai sendiri. Sebelum tu jom cuci mata dengan gambar-gambar menu yang disediakan.
Ada banyak lagi menu menarik di Pak Mat Western ni pasti membuat anda kecur liur melihatnya. Menariknya Pak Mat Western ini, mereka turut menyediakan khidmat penghantaran dikawasan sekitar. Kalau nak datang ke sini, ikut alamat ini : Gerai Simpang Tiga Juru, 14000 Perai , Pulau Pinang. Anda boleh juga hubungi 011-3615 2643 jika ada sebarang pertanyaan atau nak buat tempahan. Sebelum terlupa, waktu operasi mereka dari pukul 5.00PM – 12.30AM. Apa lagi jom serbu.
FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/pakmatwestern/
Buat masa ini kami hanya menjumpai 3 tempat makan best western di kawasan Bukit Mertajam ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Sila SHARE pada kawan-kawan atau keluarga korang yang peminat western food ni!