13 Tempat Makan Best Western Di Dengkil, Selangor | Khalifah Media Networks – Kali ini kami ingin berkongsi dengan anda lokasi kedai makan best kepada anda jika bercuti atau berkunjung ke Dengkil, Selangor. Memang lumrah bila kita sampai di sesuatu tempat yang jarang kita pergi, perut pun mula kelaparan, kita pasti tertanya-tanya dimana tempat makan best kat sini? kan?

Ok disini kami membari tiga belas pilihan tempat makan best western yang sedap di Dengkil, Selangor. Kalau berdekatan dengan anda, kenapa tidak untuk mencuba kan? Ayuh jom kita jamu mata dengan 13 tempat makan best di Dengkil ni.

1. RESTORAN SRI MANIS

Restoran Sri Manis ini sangat disyorkan pada anda jika memilih ‘port’ yang bersih, kemas & teratur. Kalau korang masuk restoran ini pasti korang terpegun, sebab kawasannya dihias kemas agak menarik perhatian. Ok berkenaan dengan hidangan disediakan disini. Apa yang syoknya kedai ni servis cepat! Lepas order dibuat cuma perlu menunggu tak sampai 10 minit untuk makanan sampai.

Rasa hidangan pun puas hati. Nampak simple je tapi sampai licin jugak la jika makan. So tak menyesal order. Kedai ni offer pelbagai jenis masakan panas including western food. Harganya juga berpatutan janji best. Apa lagi yg best kat restoran ni? Meh tengok gambar menu menarik direstoran Sri Manis ini.

Memang highly recommended pada sesiapa yang singgah ke Dengkil atau memang orang area Dengkil untuk singgah ke restoran ni. Sebelum terlupa ini alamatnya jika berhajat untuk pergi : Lorong Anggerik Kampung Dato Ahmad Razali, 43800 Dengkil, Selangor. Waktu perniagaan pula bermula pukul 4.00 pm – 12.00 am. Jika ada sebarang pertanyaan boleh call 012-254 0989.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/serimanis/

2. RESTORAN BUNGA CENGKIH

Ni satu lagi kedai yang best di Dengkil, Restoran Bunga Cengkih ini menyajikan hidangan makanan yang sedap dan hipster, terdapat bermacam variasi menu disini dengan pelbagai rasa dan pasti korang akan berpuas hati dengan masakan yang dihidangkan di Restoran Bunga Cengkih ini.

Ada bermacam menu yang menarik dan mengiurkan terdapat disini, antara yang uniknya disini terdapat makanan western disukai ramai dan lain-lain lagi. Jom tengok beberapa gambar menarik disini.

Jika anda berhajat untuk singgah ke Restoran Bunga Cengkih, ini alamatnya : Kampung Dengkil, 43800, Selangor. Boleh hubungi 019-682 6083 jika ada sebarang pertanyaan.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/restoranbungacengkih/

3. RESTORAN GEGEY

Bagi peminat western food, ini satu lagi restoran yang menyediakan masakan ala barat yang menjadi tumpuan ramai. Masakan barat disini ramai yang review cakap memang sedap dan puas hati. Kedai pun memang lawa sebab dihias dengan kreatif ala hipster. Sesuai untuk datang bersama seisi keluarga atau bersama dengan rakan-rakan berbincang sesuatu urusan atau melepak. Jom ita cuci mata tengok gambar hidangan menarik yang ada di restoran Gegey.

Menarik bukan hidangan di restoran Gegey ini. Jika nak singgah, ini lokasinya : G-09, Jalan Dengkil Centre Point, Taman Dengkil Centre Point, Dengkil, Selangor. Jika ada sebarang pertanyaan atau tempahan boleh telefon : 013-880 9896. So boleh rancang perjalan anda nanti untuk datang ke sini samada bersama keluarga atau dengan kawan.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/restorangegey/

Buat masa ini kami hanya menjumpai 3 tempat makan best western di kawasan Dengkil ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Jangan lupa kongsikan artikel ini selepas dah habis baca ye!

Share.

Leave A Reply