13 Tempat Makan Best Western Di Lumut, Perak | Khalifah Media Networks – Jika tiba disesuatu tempat yang baru kita kunjungi, salah satu perkara penting yang selalu kita fikirkan adalah dimana tempat untuk makan. Sudah semestinya kita mahukan tempat makan yang best dan sedap.

Usah runsing, disini kami memberi 13 pilihan tempat makan best western yang tiptop di Lumut, Perak. Apa salahnya mencuba jika sudah berdekatan dengan tempat anda kan? Mari kita ketahui dengan lebih lanjut 13 tempat makan best di Lumut ini.

1. CAPRI RESTAURANT

Rasa bosan dengan makanan melayu? Sekali sekala apa salahnya cuba makan makanan berkonsepkan Itali atau barat. Datanglah ke Capri Restaurant kerana di sana terdapat masakan Itali yang boleh anda nikmati. Antaranya ialah Salmon Steak, Pizza, Yummy Risotto Rice Seafood, Mixed Grill, Beef Lasagna, dan banyak lagi. Bagi yang ingin memesan pizza saya cadangkan anda memilih Quattro Stagioni Pizza. Ia dihidangkan dalam 4 jenis perisa yang berbeza. Bukan sahaja sedap malah, jauh lebih sedap daripada kedai-kedai pizza lain. Anda akan rasa berbaloi makan di restoran ini kerana harganya yang setanding dengan rasanya.

Jom lihat beberapa gambar menu yang dihindangkan, mana tahu anda terasa nak mencubanya nanti.

Ada bermacam lagi menu hebat yang disediakan. Jika anda rasa teringin untuk berkunjung ke restoran Capri ini, boleh ikuti alamat : Lumut Valley Resort Condominium, Pt 4189, Jalan Sultan Idris Shah, 32200 Lumut, Perak. Nombor Telefon: +605-683 3118, +605-6833112. Waktu Operasi: 11.30 pagi – 11.30 malam (Isnin – Jumaat)

2. IWAN GRILL PLACE

Teringin hendak makan makanan barat? Tercari-cari restoran makanan barat di area Lumut ini? Saya cadangkan anda untuk pergi ke Iwan Grill Place. Iwan Grill terletak di jalan menuju ke kubur Cina (Manjung), orang Manjung pasti tahu. Bila anda makan di sini tidak rugi rasanya jika mencuba Grill Chicken Chop with black pepper sauce kerana daging ayamnya yang lembut bersama sos yang sangat sedap boleh membuatkan anda jatuh cinta. Menu lain seperti Spagetti Aglio Olio yang nampak simple, tapi dengan sekali suapan sahaja sudah terasa sedapnya. Datanglah ke Iwan Grill ini bagi memenuhi tekak anda yang inginkan makanan ala barat.

Jom lihat gambar-gambar antara hidangan menarik yang ada di restoran Iwan Grill Place ini. Anda pasti kecur liur melihat.

Rasanya bila lihat gambar ini pun dah tahu memang sedap kan? Kalau berhajat nak singgah ke, ini alamat yang perlu anda ikut : No. 81, Persiaran PM 2/4, Seksyen 2, 32040 Sitiawan, Perak. Kalau nak senang waze atau google maps. Atau boleh call nombor telefon: 014-5613241 / 012-528 8794. Waktu Operasi: 4:30 PM – 11:59 PM (Isnin – Ahad)

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/Iwan-Grill-PlaceManjung-1463659870564823/?ref=br_rs

3. KOPEEPASTE

Bagi yang mencari makanan barat, boleh lah ke cafe hipster ini. KopeePaste menyediakan pelbagai makanan barat untuk disajikan. Peminat makanan ber-grill, spaghetti, burger dan makanan barat yang lain, pastikan anda singgah makan di sini dalam suasana santai dan cozy. Cafe ini memang cantik dihiasi dengan gaya kreatif minimalis terasa selesa untuk jamu selera.

Anda patut cuba ‘Chicken pilly’ burger panjang, berintikan isi ayam potong, cheese leleh, bawang dihiris halus, cendawan dan disertakan bersama wedges dan sos black pepper yang dibuat sendiri. Memang recikk habis. Jom cuci mata tengok beberapa gambar menu hebat lain yang mengiurkan.

Ini lokasi restoran untuk maklumat anda : No 16, Jalan PPMP 3/1, Pusat Perniagaan Manjung Point 3, 32040 Sitiawan, Perak. Boleh hubungi nombor tertera untuk sebarang pertanyaan atau tempahan 0175899846. Beroperasi bermula pukul 4.00 pm sehingga 12.00 tengah malam.

FACEBOOK PAGE :  https://www.facebook.com/Kopeepaste/

Buat masa ini kami hanya menjumpai 3 tempat makan best western di kawasan Lumut ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Jom kongsikan artikel ini pada yang lain juga..

Share.

Leave A Reply