13 Tempat Makan Best Western Di Pasir Gudang, Johor | Khalifah Media Networks – Jom semua singgah ke ‘port’ makan best dan sedap kat tempat lain pula, asyik ke tempat makan yang sama saja. Tapi kat mana ya? Jangan risau, kali ini kami kongsikan pula tempat makan best yang anda boleh kunjungi.
Di sini kami memberi tiga belas pilihan tempat makan best western yang sedap di Pasir Gudang, Johor. Kalau dekat dengan tempat tinggal anda, kenapa tidak untuk mencubanya kan? Mari kita jamu mata dengan 13 tempat makan best di Pasir Gudang ni.
1. LAZAT HOUSE
Anda dah pernah rasa masakan di Lazat House ni belum? Jika belum, boleh mula membuat perancangan bersama keluarga untuk merasai sendiri keenakan masakan Western food di sini pula. Selain itu, Restoran ini juga terkenal dengan banyak menu masakan lain juga. Terdapat pelbagai hidangan menyelerakan ada disediakan disini, Anda mungkin nak cuba semuanya sebab nampak mengiurkan, kalau mampu habiskan apa salahnya kan.
Restoran ini memang santai, sesuai untuk keluarga dan bertemu rakan-rakan. Anda boleh memilih sesuai selera anda sebagai peminat western food. Harganya pula jangan risau ianya berpatutan dengan makanan yang dihidangkan, yang penting sedap dan puas hati. Jom tengok gambar-gambar menu makanan western yang terdapat di sini.
Kami selitkan cuma beberapa menu masakan saja, terdapat banyak lagi menu masakan yang disajikan di Lazat House ni. Anda datang dan cuba sendiri resepi masakan mereka. Kalau nak singgah ini alamatnya: 57 Jalan Semerbak 20 Taman Bukit Dahlia, 81700 Pasir Gudang, Johor. Atau nak mudah boleh buat carian di google maps – Lazat House. Boleh hubungi 013-761 7810 untuk sebarang pertanyaan atau tempahan. Dibuka dari jam 11.00 am sehingga 11.00 pm. Jadi apa tunggu lagi jom terjah ke restoran ini.
FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/lazathouse/
2. DILETTO MALAYSIA
Siapa sangka kat Pasir Gudang ada makanan pasta dan western paling masyukkkk di Johor. Bagi yang nak merasai kesedapan masakan western, anda boleh lah mencuba makanan di Diletto Malaysia Pasir Gudang ini pula. Ramai pelanggan yang hadir rata-rata memberi review cakap memang padu, harga pula macam tak percaya murah dengan makanan sedap. Sangat sesuai bawa keluarga makan disini, mungkin masing-masing mahu mencuba masakan yang lain-lain kan?
Jangan risau sebab ramai setuju kata pekerja Diletto Malaysia ni ramah dan mesra, anda pasti tak rasa janggal berada di situ. Menariknya disini, selain western, menu tempatan yang menarik pun ada. Boleh tengok gambar-gambar masakan barat yang ada di Diletto Malaysia ni.
Apa lagi anda tunggu, pakat terjah rasai sendiri masakan di Diletto Malaysia ni. Bak kata orang memang padu! Kalau anda nak ke sini, ikut alamat berikut : No 75, Jalan Semerbak 20, Taman Bukit Dahlia, 81700 Pasir Gudang, Johor (Bersebelahan Johorland, Pasir Gudang), atau boleh guna waze taip jer nama Diletto Malaysia nanti ada la tu. Jika tidak jumpa kedai boleh hubungi 012-737 6245. Mula beroperasi seawal pukul 5.00 pm – 12.00 am, Buka setiap hari (kecuali Isnin). Anda boleh lah rancang waktu yang sesuai untuk ke sini bersama keluarga atau rakan rakan.
FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/diletto.my/
3. MAKAN KLIMAKS
Ni satu lagi kedai yang menyediakan juadah makanan yang best di Pasir Gudang. Jika dah bosan dengan kedai lain, apa kata boleh lah mencuba pula masakan di restoran Makan Klimaks. Harganya pula berbaloi sesuai rasa dan kuantiti.
Dah try top menu mereka, Kalau belum try jom ajak mak ayah, adik kakak, kawan-kawan datang try, InshaAllah pasti tak menghampakan, dah la murah, berbaloi pulak tu, takkan hanya terliur tengok gambar, jom datang singgah. Yang mana tak makan western, sini ada menu goreng dan berkuah juga. Antara top menu: Mix Grill, Chicken Grill, Meatball, Chicken Chop Grill dan banyak lagi.
Pelbagai menu tempatan dan western pilihan memikat dan memukau mata anda. Pasti rasa setanding dengan harga di tawarkan. Boleh tengok beberapa gambar menu yang disajikan di sini. sebagai preview kalau berminat boleh lah singgah nanti ke restoran Makan Klimaks ni.
Kalau berhajat nak pergi, ini alamatnya : No. 26 Jalan Helang 2, Taman Scientex, 81700 Pasir Gudang, Johor. Boleh hubungi 012-712 1230 untutk pertanyaan atau tempahan. Dibuka setiap hari kecuali hari selasa cuti. Beroperasi bermula jam 3:30pm – 12:30am. Jadi boleh rancang perjalan anda nanti jika berhajat untuk ke sini.
FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/MakanKlimaksChopGrill/
Buat masa ini kami hanya menjumpai 3 tempat makan best western di kawasan Pasir Gudang ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Sudah habis baca artikel ni, mohon jasa baik kongsikan pada yang lain juga ye.