13 Tempat Makan Best Seafood Di Kodiang, Kedah | Kodiang adalah sebuah pekan kecil di dalam daerah kubang pasu di negeri kedah yang bersempadan dengan negeri perlis. Di sini terdapat banyak tempat yang menarik seperti pemandangan indah dari bukit Mok Cun dan Kodiang juga kaya dengan kepelbagaian makanannya.

Kokdiang ialah salah satu tempat yang terkenal dengan makanan seperti kari kepala ikan yang popular di kawasan kokdiang. Jika anda ingin berkunjung ke kedah jangan lupa datang dan singgah di tempat-tempat makan menarik di kodiang. Tapi di mana tempat-tempat makan yang best? Berikut adalah senarai tempat tempat makan yang best yang ada di kokdiang

 

1. ADIK ABANG KODIANG – SEAFOOD

Restoran Adik Abang Kodiang ini mendapat rating tertinggi di google dengan komen yang positif dari pelanggan. Harga disini juga murah. Jika anda ingin merasa aneka masakan kampung boleh ah mencuba menjamu selera disini

Restoran ini menyediakan banyak jenis masakan panas dan nasi berlauk disini. Antara sebahagian menu yang ada ialah  kari kepala ikan nyioq-nyioq dan kari ikan seludu yang popular disini. Selain itu ada juga gulai ikan keli, ikan bakar, ikan 3 rasa dan banyak lagi lauk pauk yang disediakan. Lokasi ini di Masjid Jamek Pekan Kodiang, Kodiang, Malaysia. Waktu operasi pada setiap hari, pada jam 9 pagi hingga 3 petang. Sebarang pertanyaan sila hubungi no tel: 019-892 8929

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/WarungAdikAbangKodiang/

 

2. THESHBISTRO – SEAFOOD

Restoran The SH Bistro adalah restoran yang berkonsepkan makanan asia dan western. Restoran ini mendapat rating yang tinggi di google dengan rata rata pelanggan memuji masakan dan layanan disini. Harga disini juga mampu milik.

Antara menu yang ada disini ialah set ikan bakar, tomyam seafood, makanan bergoreng, berkuah dan western cuisine yang patut anda cuba. Lokasi ini di BATU 24, JLN KODIANG, KAMPUNG KODIANG LAMA LUAR, Kampong Kodiang Lama, Malaysia. Waktu operasi pada setiap hari isnin hingga jumaat, pada jam 9 pagi sehingga 3 petang. Sebarang pertanyaan sila hubungi no tel: 011-1123 6790

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/profile.php?id=100063489791524

 

3. CHAMCHA CAFE – SEAFOOD

Kafe ini mendapat rating yang tinggi di google dengan rata rata pelanggan memberikan komen yang positif tentang masakan disini. Harga di kafe ini juga murah. Kafe ini menyediakan masakan berkonsepkan makanan seafood ala western.

Antara menu yang ada ialah una grill, grilled salmon, fish n chips, shellout dan banyak lagi yang patut dicuba.

Lokasi ini di Pekan Padang Sera, Padang Sira, Malaysia Waktu operasi pada setiap hari kecuali rabu, pada jam 5 petang hingga 12 malam. Sebarang pertanyaan sila hubungi no tel: 019-277 8001

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/chamchacafe.pdgsera

Buat masa ini kami hanya menjumpai 3 tempat makan best seafood di kawasan Kodiang ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Terima kasih. Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsikan ye. Selamat menjamu selera. Adios !

Share.

Leave A Reply