13 Tempat Makan Best Seafood Di Padang Terap, Kedah | Padang terap adalah daerah dan kawasan parlimen yang berada di kedah dan juga daerah ketiga terbesar di negeri kedah. Padang terap mempunyai banyak tempat tempat yang menarik untuk dilawati seperti hutan lipur puncak janing, jeram tok din, semeliang agro farm dan banyak lagi yang menjadi tumpuan pelancong. Selain itu, disini terdapat juga tempat tempat untuk menjamu selera yang menarik yang perlu anda cuba
Jika anda ingin melawat ke padang terap anda boleh pergi ke tempar rekreasi dan tempat makan yang menarik disini. Perut lapar tapi tak tahu nak makan dimana? Berikut adalah senarai tempat makan best yang ada di padang terap perlis.
1. PAKLAH BIHUN SUP – SEAFOOD
Kedai makan ini mendapat rating tertinggi di google dan rata rata pelanggan memberi komen positif tentang masakan disini. Harga disini juga murah untuk anda cuba.
Terdapat banyak jenis menu dan masakan yang disediakan. Diantara menu popular disini ialah bihun sup. Selain itu, menu seperti mee sizzling, tomyam seafood, ikan masak stim, ikan tiga rasa, nasi berlauk, aneka makanan bergoreng dan banyak lagi.
Lokasi ini di kg belukar luas ,naka, Kuala Nerang, Kedah, Malaysia. Waktu operasi pada setiap hari kecuali hari jumaat, pada jam 1 petang hingga 10 malam. Sebarang pertanyaan sila hubungi no tel: 016-650 1454
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/paklahbihunsup/
2. NASI KANDAR MAT SHARIFF – SEAFOOD
Restoran ini adalah restoran nasi kandar yang popular di padang terap. Selain itu terdapat juga masakan panas yang disediakan. Anda dapat mencuba hidangan nasi kandar dengan aneka lauk dari makanan laut yang ada disini. Restoran ini mendapat rating yang tinggi dan mendapat komen yang positif. Harga disini juga mampu milik.
Menu yang ada disini ialah aneka makanan panas yang bergoreng atau berkuah, selain itu terdapat nasi kandar dengan pelbagai pilihan lauk seperti udang, sotong, ikan, telur sotong, ayam, daging dan banyak lagi.
Lokasi ini di Jalan, Kampung Bendang, 06300 Kuala Nerang, Kedah. Waktu operasi pada setiap hari ahad sehingga khamis, pada jam 9 pagi hingga 4.30 petang. Sebarang pertanyaan sila hubungi no tel: 013-4490184
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/profile.php?id=100063529122019
3. RESTORAN TERATAI – SEAFOOD
Restoran ini menyediakan banyak jenis masakan melayu dan masakan ala thai. mendapat rating yang tinggi di google dan maklum balas pelanggan yang positif tentang hidangan dan harga di restoran ini.
Antara menu menu yang ada disediakan disini ialah seperti miang ikan tilapia, nasi kensom udang, somyam, nasi tomyam, aneka nasi goreng dan ikan bakar dan banyak lagi
Lokasi ini di jln kuala nerang pekan Kuala nerang 06300, Kuala Nerang, Malaysia. Waktu operasi pada setiap hari, pada jam 3 ptg hingga 3 pagi. Sebarang pertanyaan sila hubungi no tel: 019-696 7724
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/profile.php?id=100057278176596
Buat masa ini kami hanya menjumpai 3 tempat makan best seafood di kawasan Padang Terap ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Terima kasih. Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsikan ye. Selamat menjamu selera. Adios !