3 Tempat Makan Tengahari Best di Ampang, Kuala Lumpur| Kepada anda yang mencari tempat makan tengahari best di Ampang, di sini kami akan bantu menyenaraikan 3 tempat makan tengahari best yang boleh anda kunjung.

Kalau anda yang berada di sekitar KL ni, tak perlu lah risau. Bandar moden KL ini terlalu banyak tempat makan yang menyediakan banyak jenis makanan sedap yang boleh anda nikmati. Soal harga, mungkin tidak memberi masalah kepada anda. Asalkan hasil selepas menjamu hidangan makanan tu dapat memuaskan selera tekak. Betul tak ? Jadi jom kita sama-sama tengok 3 tempat makan tengahari best di Ampang, Kuala Lumpur.

 

1. Restoren Ibrahim Fatty Crab

Restoren Ibrahim Fatty Crab adalah sebuah restoren yang menghidangkan menu masakan makanan laut dan menjadi salah satu restoren yang menjadi pilihan ramai yang cintakan makanan laut. Keenakan menu masakan mereka, pasti akan membuatkan anda jatuh cinta

Kalau datang sahaja disini, ramai yang memuji kualiti makanan laut yang mereka sediakan. Semua hidangan makanan laut mereka rasa segar dan tidak berbau hanyir. Cara masakan yang di sediaka disini ala-ala Chinese style tapi semestinya halal. Tak perlu bimbang soal itu ! antara menu yang boleh anda cuba di restoren Ibrahim Fatty Crab ini ialah Crab with Mongolian Sauce. Terdapat juga banyak makanan laut yang sedap disini. Anda boleh buat pilihan sendiri dan pilih lah mana sahaja menu makanan yang anda berkenan. He he he. Harga yang ditawarkan juga sangat la berbaloi. Nak buatkan anda rasa lapar dan terliur, jom kita tengok bebepa yang kami sediakan di bawah.

Segar, sedap dan selesa. Apa tunggu lagi. Da terliur kan tengok gambar gambar masakan makanan laut di Ibrahim Fatty Crab ini. Boleh lah, lepas ni bawak satu keluarga menikmati makanan laut di Ampang.

Kepada anda yang berminat nak cuba maakan tengah hari di Restoren Ibrahim Fatty Crab anda boleh dapatkan alamatnya disini: No, 18, Jln Avenue 1, 68000 Ampang Jaya, Selangor. Sebarang pertanyaan boleh hubungi no telefon: 011-1144 4131

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/ibrahimsfattycrab/

 

2. Restoren Selera Bonda

Restoren kedua yang boleh anda kunjung ialah restoren Selera Bonda. Ia juga adalah sebuah restoren yang popular juga lah di Ampang. Ramai pengunjung yang suka datang makan hidangan mereka di sini.

Restoren Selera Bonda ini menawarkan banyak jenis hidangan dengan menu masakan mereka seperti masakan Melayu, Barat dan Indonesia. Semua jenis masakan mereka memang kena dengan citaras sesiapa sahaja. Oleh itu, anda semua patut cuba menu masakan mereka di sini. Untuk membuatkan anda rasa terliur dengan menu masakan mereka di siniĀ  ialah Char Kuey Teow mereka yang menjadi pilihan ramai. Mereka menyaji hidangan Char Kuey Teow bersama udang galah yang bersaiz besar dan semestinya mengenyangkan. Sangat seronok dapat makan di sini. Favourite habis lah la dengan hidangan di sini.

Terliurnya lahai.. anda patut cuba menu hidangan mereka di sini ya. sangat berbaloi dan puas hati.

Anda yang berminat nak merasai pengalaman di restoren Selera Bonda ini, anda boleh dapat alamat mereka di : Dagang Avenue, G – 1, Jalan Dagang B/3, Taman Ampang Utama, 68000 Ampang, Selangor. Sebarang pertanyaan boleh hubungi di : 03-2856 8554

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/jomselerabonda/

 

3. Restoren Asam Pedas Melaka Komando

Wahhh sebut je nama Asam Pedas Melaka Komando sungguh menarik dan hebat kan? Anda yang pencinta dengan masakan asam pedas, restoren ini adalah pilihannya. Di Ampang memang banyak restoren yang di hidangkan banyak jenis masakan yang sedap. Anda yang asal dari negeri Melaka, rindu masakan asam pedas Melaka, ish tak perlu susah-susah nak menacarinya di Melaka dek kesibukan kerja atau sebagainya kerana di Ampang juga terdapat restoren asam pedas yang mampu membuatkan rindu anda terubat dengan masakan mereka.

Nikmati asam pedas Komando pasti buatkan anda jatuh cinta dengan rasanya! Kesegaran ikan mereka di sini memang menjadi punca utama ianya digilai ramai pengunjung. Terdapat pelbagai jenis ikan yang boleh anda cuba untuk dibuat asam pedas iaitu ikan jenahak, ikan pari, dan ikan terubuk. Anda boleh lah siap sedia untuk menikmati asam pedas disini. Bawak keluarga pasti lagi menyeronokkan. Selamat mencuba!

Anda yang ncuba masakan asam pedas Komando ini anda boleh dapat kan alamat mereka di: Jalan Nirwana 45, Taman Nirwana, 68000 Ampang, Selangor. Sebarang pertanyaan hubungi: 017-371 9943

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/pages/Asam-Pedas-Komando-Taman-Dagang/209489119061579

 

Adakah kami telah membantu anda mencari tempat makan tengahari best untuk korang di Ampang, Kuala Lumpur ini. Habis baca jangan lupa tekan SHARE dan kongsikan kepada rakan-rakan anda.

 

Share.

Leave A Reply