3 Tempat Makan Tengahari Best di Bangi, Selangor| Bila dah masuk tengahari, perut pula dah mula rasa lapar. Tapi kita ni masih lagi tercari-cari tempat makan tengahari yang mana best bila berada di Bangi ni. Tekak pula teringin nak rasa masakan tempatan yang menarik dan sedap kan?
Anda jangan risau kerana di sini kami ingin menyenaraikan tiga tempat makan tengahari best di Bangi, Selangor yang membuatkan anda rasa tak sabar nak pergi. Ohh ya! Jangan lupa datang awal untuk ke restoren yang kami senaraikan dalam artikel ini, takut makanan cepat habis pula.
1. Restoren d’Limau Nipis Restoren
Bila anda datang ke Bangi, anda wajib datang ke d’ Limau Nipis ini. Restoren ini menghidangkan banyak jenis lauk pauk yang sedap untuk dipilih. Kesedapan dan kesegaran seafoodnya mampu membuatkan anda menikmati makan tengahari dengan rasa sangat seronok dan puas hati !
Antara lauk pauk yang boleh anda temui di d’ Limau Nipis restoren ini ialah ikan bakar, sotong bakar, dan banyak lagi hidangan yang menarik ada disini. Anda yang suka makan ulam ulaman, mereka juga menyediakan pelbagai jenis ulaman yang mampu menarik selera anda. Baru lah dapat rasa makanan style kampung kan? Selain itu, anda juga dijemput untuk merasai air d’limau special yang terdapat di restoren ni. Gabungan air limau, agar-agar hijau dan ais krim vanilla memang menjadi kesukaan pengunjung. Terliur la kan.
Bestnya tengok lauk pauk yang ada di restoren ini. Jadi apa tunggu lagi? Jom kita rasai makan tengah hari di restoren ini. Pada waktu tengah hari memang akan ramai lah yang datang. Ramai yang suka dengan masakan di restoren ini. Memang tak rugi makan di sini.
Anda yang nak datang ke d’ Limau Nipis Restoren anda boleh tengok alamat mereka di : No. 201 & 205, Jalan 8/1, Seksyen 8, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor. Sebarang pertanyaan hubungi di : 013-235 0003
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/restoranmasakanmelayuikanbakarsegar/
2. Restoren Urat Keting
Apa tu urat keting? Anda tahu ke yang urat keting itu apa ? untuk pengetahuan anda, urat keting adalah bahagian berwarna putih yang ada pada kaki lembu yang disaluti dengan lemak. Sebelum masak, mereka akan rebus terdahulu untuk asing lemak dari urat keting tersebut. Menu masakan sup keting ini sememangnya disukai ramai. Anda yang sukakan hidangan sup daging, restoren ini amatlah sesuai untuk cuba. Sup daging yang sangat lembut, pasti buatkan anda rasa puas hati.
Selain itu, ada juga hidangan sup daging lain yang boleh anda cuba, antaranya ialah sup gear box, sup tulang, sup ekor dan banyak lagi. Memang sangat diminati pengunjung bila makan di sini. Anda juga boleh rasai lauk pauk lain yang terdapat di restoren ni seperti set asam pedas, set bawal goreng kunyit, set ikan singgang dan banyak lagi. Harga yang ditawarkan juga sangat berbaloi. Rugi tak cuba. Sangat puas hati.
Dah terliur tengok gambar gambar masakan mereka ni kan? Anda patut datang dan cuba hidangan yang ada di restoren ini. Selamat mencuba!
Kalau anda nak cuba sup mereka, ini adalah alamatnya: 20-GF FLR GF JLN 15/1E SEKSYEN 15 43650 Bandar Baru
Bangi, Malaysia SELANGOR. Sebarang pertanyaan hubungi: 012-735 7678
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/pages/category/Restaurant/Restoran-Sup-Urat-Keting-Seksyen-15-758906017574215/
3. Restoren Warung Bunian
Lain macam pula bila sebut nama warung ni kan? Hi hi hi. Anda jangan risau walaupun nama warung ni kedengaran seram, tapi warung ni adalah tempat makan yang kerap di datangi pelanggan. Terkenal dengan nasi lemak telur bungkus mereka yang menjadi sebutan ramai. Telur bungkus yang dimasak dan dicampur dengan sambal menjadikan teksturnya sangat lembut. Mereka yang pernah makan di sini mesti tahu betapa sedapnya masakan mereka ni. Memang puas hati.
Selain itu, warung bunian juga menghidangkan masakan kampung yang diubah ubah setiap hari. Jadi ramai yang selalu datang, dapat lah rasa menu yang berbeza setiap hari. Untuk anda yang nak datang ke warung ini, perlu lah datang awal atau menempah kerana warung ni selalu penuh.
Jadi apa tunggu lagi. Gambar gambar masakan mereka tu pun dah buat kita rasa teruja dan tak sabar nak pergi ke Warung Bunian ni kan? Jadi anda patut datang dan rasa masakan mereka.
Anda yang berminat nak makan di Warung Bunian, anda boleh ke alamat: Jalan Jamaludin, Kampung Sungai Merab, 43000 Kajang, Selangor. Sebarang pertanyaan dan tempahan hubungi di: 017-381 2246
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/KedaiMakanTapakSulaimanDesaPutraKajangPutrajaya/
Adakah kami telah membantu anda mencari tempat makan tengahari best untuk korang di Bangi, Selangor ini. Habis baca jangan lupa tekan SHARE dan kongsikan kepada rakan-rakan anda.