3 Tempat Makan Tengahari di Kepala Batas, Penang | Punya la tak tau nak makan kat mana waktu tengahari terik ni, sanggup pi pusing merata semata-mata nak cari tempat makan best di Kepala Batas. Buat habis minyak kereta ja.
Ni, jangan dok pening-pening. Kat sini ada tiga tempat makan tengahari best untuk hampa-hampa yang nak bawak family makan kat luar.
1. Restoran Ikan Bakar Din
Restoran yang cukup terkenal di Kepala Batas. Bukan dekat Kepala Batas ja, kadang-kadang orang luar pon mai makan sini. Restoran ni terkenal dengan pelbagai jenis lauk yang memang sesuai dengan selera kampung. Ada pelbagai jenis lauk yang disediakan, antaranya ikan keli bakar, ikan pari bakar, sotong bakar dan daging rimau nangis bakar. Memang kena la dengan nama restoran dia kan?
Lauk-lauk ini memang sedap kalau makan sekali dengan ulam-ulaman, sambal belacan dan sambal tempoyaknya. Sepinggan memang tak cukup! Selalu dok mai, mesti bertambah-tambah. Ada juga lauk lain, gulai telur ikan, gulai kepala ikan dan macam-macam lagi la. Yang bestnya, hampa pi pilih sendiri lauk yang hampa nak, nanti depa mai kira kat meja ja.
Kalau yang mai dengan family besar, selalunya depa tempah dulu meja. Bukan apa, sebab terlampau ramai, sampai kena tunggu dulu nak dapat tempat pon. Kena mai awai la kalau tak mau tunggu. Bukak pukul 11 pagi sampai 4 petang. Amacam? Ni baru la tempat makan best. Kalau hampa nak pi, ni alamat dia 6735, Jalan Butterworth, Kampung Permatang Manggis, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/pages/Restoran-Ikan-Bakar-Din-Kepala-Batas-Penang/160588863991709?ref=br_rs
2. Hawa Nasi Campur
Sebut saja nama Hawa Nasi Campur ni mesti semua orang tau. Bukan orang Kepala Batas saja yang suka makan di sini, orang luar pon ada yang sanggup mai dari jauh nak makan dekat Hawa Nasi Campur ni. Kat sini adalah salah satu port makan tengahari yang menjadi tumpuan ramai.
Banyak pilihan lauk yang disediakan. Makanan jenis selera orang kampung. Ramai pelajar-pelajar sekolah mai makan kat sini. Balik sekolah, rasa lapaq, singgah dulu. Sebab dekat sangat dah dengan sekolah. Lintas jalan sikit ja, dah sampai.
Ianya terletak di Jalan Dato Haji Ahmad Badawi, Kepala Batas Pulau Pinang. Besebelahan dengan Hawa Nasi Campur ni, ada bengkel kereta dan berekatan juga dengan stesen petronas (seberang jalan). Ni alamat dia, Jalan Dato Haji Ahmad Badawi, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/pages/Hawa-Nasi-Campur/147205782082582
3. Heryany Kitchen
Heryany Kitchen ni adalah salah satu restoran yang menjadi pilihan orang Kepala Batas untuk makan tengahari. Pelbagai menu yang menarik disediakan antaranya ialah set daging harimau menangis, set ikan keli, set bawal panas, siakap bakar, talapia bakar dan banyak lagi. Yang bestnya di sini pencuci mulut diberi secara percuma setiap hari. Wow! Sapa tak mau benda free kan?
Heryany Kitchen menyediakan 50 lebih pilihan menu untuk dipilih. Tiap-tiap hari mesti menu bertukar. Yalah, nak juga cuba benda baru. Selain itu, ada juga menu tambahan seperti mi kuah, laksa, bihun sup dan keow teoy sup. Harga yang sangat berpatutan.
Heryany Kitchen bukak setiap hari Isnin sehingga sabtu, jam 7 pagi hingga 6 petang. Kalau boleh mai awal sikit sebab takut penuh. Sapa yang nak pi tu, ni alamat dia, 26G Jalan Dagangan 14 Pusat Bandar Bertam Perdana, 13200 Pinang, Pulau Pinang, Malaysia (belakang J&T Express). Ni no. telefon depa 011-1161 6656.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/heryanykitchen/?ref=br_rs
Adakah kami telah membantu anda mencari tempat makan tengahari best di Kepala Batas, Penang ini? Habis baca jangan lupa tekan SHARE dan kongsikan kepada rakan-rakan anda.