h3 Tempat Makan Tengahari Best Di Mersing, Johor | Adakah anda berasa lapar? Dah masuk tengahari tapi masih tiada tempat yang nak dituju sebagai tempat makan best? Google kurang membantu pada saat genting begini? Bagi korang yang baru kunjungi Mersing dan masih ragu-ragu mencari tempat makan jangan gelabah sebab kami akan menyenaraikan tempat makan tengahari best untuk korang. Kalau yang baru plan nak datang bandar Mersing ni jangan lupa singgah makan di tempat yang kami senaraikan ni tau.
Korang jangan risau sebab kami hanya menyenaraikan 3 tempat makan tengah hari best saja. Tak perlu pening pening buat pilihan mana satu tempat nak dijadikan destinasi makan tengahari ni. Tak ke juling mata bila dah banyak pilihan sangatkan. Jom tengok 3 tempat makan tengahari best yang kami senaraikan untuk anda.
1) Nasi Goreng Tido Air Papan
Bagi yang baru dengar nama restoran ni mesti korang pelik, kenapa nama restoran ni sebegini nama. Unik kan! Kalau korang nak tahu ada kisah disebalik nama restoran ni. Namanya dipetik daripada nama menu terlarisnya iaitu Nasi Tidur. Sesiapa yang makan nasi tidur ni iaitu nasi goreng yang dihidangkan bersama sup dagingnya yang sedap akan rasa kenyang dan rasa nak tidur. Ramai yang sudah terpukau dengan nasi tidur ni. Jadi korang harus cuba bila ada peluang singgah ke restoran ni. Restoran ni boleh muat kira kira tidak lebih 50 orang. Rata-rata yang datang dari luar atau dalam Mersing ni yang datang semata mata mencari nasi tidur terpaksa beratur menunggu hidangan ini. Jadi kalau korang nak datang jangan lupa bawa keluarga untuk menikmati hidangan yang unik ni.
Harga makan disini berpatutan dengan harga nasi goreng yang biasa kita makan di restoran dalam anggaran RM5. Manakala terdapat 5 menu hidangan yang disediakan di warung Nasi Goreng Tido Air Papan seperti nasi tido, nasi lemak, bihun sup, mi sup dan roti jala. Jadi kalau korang nak singgah makan disini pastikan datang awal supaya tidak berebut nak makan nasi tidur ni.
Jadi korang rasa? Ada tercetus perasaan nak singgah makan tak ke kedai ni?
Kalau korang nak singgah, ini alamatnya Parit Hj Ramli, Jalan Air Papan, 86800, Mersing, Johori.
Facebook Page: https://www.facebook.com/pages/Nasi-Goreng-Tido-Air-Papan/226909617326375
2. Nasi Dagang Warisan Kak Ju
Bagi yang menggemari nasi dagang, korang jangan risau sebab dekat Mersing ni pun korang masih dapat rasa nasi dagang yang enak. Tak usah mencari yang jauh di Mersing pun ada. Jadikan Kedai Nasi Dagang Warisan Kak Ju sebagai tempat destinasi makan tengah hari korang sekeluarga sebab saiz hidangan memang berbaloi. Lagi berbaloi bila hidangan ni enak dan lazat. Penggemar nasi dagang kena mai cuba baru tau keistimewaannya. Kedai makan ni agak luas jadi korang boleh bawa keluarga yang ramai untuk pekena nasi dagang disini.
Harga makan di kedai ni berpatutan dengan saiz hidangannya. Antara menu yang dihidangkan seperti Nasi Lemak, Nasi Dagang, Nasi Minyak serta Nasi Kerabu dan kuih muih. Bila dah singgah Mersing, boleh lah singgah makan tengahari di kedai Nasi Dagang Warisan Kak Ju.
Nampak sedap kan menu disini. Jadi kalau korang nak rasa datang makan tengah hari sini. Jangan lupa datang awal supaya nasi dagang ni tak habis.
Kalau korang dah berhajat nak datang, ini alamatnya: J80, Kampung Tanjung Genting, 86800 Mersing, Johor. Untuk pertanyaan atau ingin membuat tempahan korang boleh hubungi 012-725 4042.
Facebook Page: https://www.facebook.com/nasidagangwarisankakju/
3. Kedai Makan Siti
Korang suka masakan kampung? Jangan risau, di Mersing pun ada restoran yang menyajikan menu masakan Melayu yang terbaik. Anda boleh lah bawa keluarga anda untuk cuba menu yang menarik di Kedai Makan Siti. Restoran ni agak popular di Mersing kerana menyediakan makanan tengah hari yang diberi tema warisan Pulau Pemanggil. Pelbagai menu masakan kampung dan makanan laut yang enak dan segar boleh didapati disini. Jadi korang boleh lah datang singgah untuk makan tengah hari bersama keluarga anda. Ruangan kedai makan agak selesa dan luas. Tak lupa juga bersih kawasan meja makan.
Harga makan di Kedai Makan Siti berpatutan dengan harga lauk pauk yang diambil. Jadi kalau nak bajet makan tu elakkan ambil makanan laut lah. Menu yang terbaik yang anda perlu cuba iaitu rendang daging lejen yang bakal buatkan anda teringat masakan ibu. Kedai Makan Siti ini juga boleh dijadikan sebagai tempat makan best buat anda sekeluarga di Mersing, Johor.
Kecur air liur tak tengok masakan kedai makan Siti ni?
Jadi korang kalau rasa teringin nak singgah ke Kedai Makan Siti, korang boleh datang ke alamat: No8, Kompleks Niaga Penghulu Mohd. Aris, Mersing, 86800 Mersing. Untuk tempahan atau pertanyaan boleh call 019-737 8933.
Facebook Page: https://m.facebook.com/kedaimakansiti/
Jadi kalau korang dah pakat singgah ke Mersing ni jangan lupa cuba makan di restoran dan gerai makan yang kami senaraikan. Kami ucapkan selamat datang dan selamat mencuba.
Adakah kami telah membantu anda mencari tempat makan tengah hari best untuk anda di Mersing, Johor. Kalau dah habis baca jangan lupa tekan SHARE dan kongsikan kepada rakan-rakan anda.