3 Tempat Makan Tengahari Best di Segamat, Johor | Tercari-cari tempat untuk makan tengahari di Segamat? Pernah tak mengalami situasi di mana perut terlalu lapar hingga otak pun tak boleh mencari tempat yang kena dengan citarasa sendiri? Mencari tempat makan yang best tetapi pilihan Google terlalu banyak?

Anda tak perlu bimbang sebab kami hanya menyenaraikan 3 tempat makan best untuk anda semua. Tak perlu dah pening kepala tengok senarai makan best yang banyak bila anda bertanya En. Google. Iye la, kalau boleh kita nak makan di satu atau tiga tempat saja bila kita berada di suatu tempat baru kecuali misi utama anda datang ke Segamat adalah untuk menjalankan misi jalan jalan cari makan. Jadi tunggu apa lagi? Jom lihat senarai tempat makan best yang kami dapatkan untuk anda yang berada di Segamat.

1. Nasi Ayam Gemas Mustaffah

Kalau anda mencari makanan yang mesra kanak kanak. Bolehlah bawa seisi keluarga untuk makan di Nasi Ayam Mustafa. Peminat peminat nasi ayam di luar sana yang nak makan tengah hari boleh datang ke kedai makan ni sebab saiz hidangannya memang memuaskan dan ramai yang kata nasi ayamnya memang sedap.

Harga nasi ayam ni memang berpatutan dengan saiz hidangan yang disediakan. Jadi kalau anda nak makan di sini harga untuk seorang boleh bajet bawah RM10 seorang. Tapi kalau anda jenis yang makan sikit (masuk sebiji roti pon kenyang) boleh lah berkongsi dengan isteri atau anak anak.


Menarik bukan? Mesti korang craving nak siggah makan di kedai makan Nasi Ayam Gemas Mustaffah ni.

Kalau anda craving nak singgah ke restoran ini alamatnya: 17, Jalan Cengal, Off Jalan Genuang Kampung 85000 Segamat, Johor. Jika anda ingin membuat tempahan atau mempunyai sebarang pertanyaan, boleh lah pm messenger Facebook di:

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/Nasi-Ayam-Gemas-Mustafah-Unggul-188682171174776/

2. Restoran Selera Nasi Beringin

Kalau kedai makan tadi nampak biasa bagi anda, apakata kita cuba pula makan tengah hari di Restoran Selera Nasi Beringin. Anda yang datang dari jauh mesti nak merasai dan mencuba masakan menu yang istimewa di Segamat ni kan? Ya, semestinya anda perlu merasai menu makanan utama yang dihidangkan di Istana Johor untuk para tetamu Diraja pada dahulu kala iaitu Nasi Beringin atau juga dikenali sebagai Nasi Diraja. Semestinya hidangan yang disediakan sedap kerana resepi dari turun temurun. Suasana disini mesra pelanggan dan selesa untuk makan dengan gayanya yang tersendiri.

Antara hidangannya termasuk lah menu utama iaitu, nasi beringin yang dihidangkan dengan pilihan kari ayam, daging atau kambing dengan sayur acar nenas & timun. Terdapat juga hidangan bergoreng, mee rebus, shellout dan lain lain yang digilai ramai orang. Restoran ini bukan sahaja dikunjungi oleh para pelancong malah dari penduduk tempatannya sendiri. Jadi anda yang ingin singgah makan di restoran ini kena datang awal sebelum lauk lauk habis terjual. Harga bagi hidangan di restoran ini tidak terlalu mahal dan tidak terlalu murah bergantung kepada lauk yang diambil.

Nampak simple je kan menunya? Anda mesti tertanya tanya apa kelebihan masakan disini. Kalau anda ingin tahu cuba lah sendiri makan disini. Jangan lupa bawa keluarga anda untuk menikmati tempat makan best di Segamat, Johor ni.

Kalau berhajat nak singgah makan tengah hari di sini, ini alamatnya: No. 22 & 24 Jalan Utama 2/7, Taman Utama, 85000 Segamat, Johor. Jika ada sebarang pertanyaan boleh hubungi no berikut: 012-604 6365.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/nasiberinginsegamat/

3. Gerai Saufi Anim

Kalau anda mencari menu selain nasi. Anda perlu cuba mee hitam di gerai ni. Nampak saja simple tapi ramai yang beratur untuk makan di gerai ni. Gerai ni banyak menghidangkan juadah kuih muih, nasi lemak dan bervariasi menu masakan. Ruangan kedai seperti tempat makan di Food Court, ada juga gerai gerai yang lain bersebelahan dengan Gerai Anim Saufi ni. Kalau anda nak mencuba menu lain pun boleh. Walaupun kedai ini agak usang tetapi masih menjadi pilihan penduduk tempatan untuk makan tengah hari disini. Memang terbaik lah.

Hidangan yang menyelerakan memang kena dengan harganya yang sangat berpatutan. Jadi anda boleh lah bawa keluarga anda untuk menikmati makan tengah hari di Segamat, Johor. Kuih muih yang dijual pun agak murah. Kalau anda nak singgah, anda perlu cuba kuih karipap pusing dia. Pergghh! Sedap!

Terliur tak tengok mee hitam ni? Nampak best je kalau dapat makan kan. Jom lah ajak seisi keluarga anda untuk makan tengah hari di Roslin Beriani House.

Kalau dah berpakat nak makan di sini, ini alamatnya: No 5, Jalan Syed Kadir, Kampung Abdullah, 85000, Segamat, Johor. Jika ada sebarang pertanyaan atau mahu buat tempahan PM inbox di page facebook di bawah.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/pages/Restoran-Saufi-Anim/216773868336548?ref=br_rs

Adakah artikel kami dapat membantu anda mencari tempat makan tengah hari best untuk anda di Segamat, Johor? Kalau YA jangan lupa tekan SHARE dan kongsikan kepada rakan-rakan anda dan keluarga anda.

Share.

Leave A Reply