3 Tempat Makan Tengahari Best di Taman Melawati, Kuala Lumpur

| February 26, 2020 | 0 Comments

3 Tempat Makan Tengahari Best di Taman Melawati, Kuala Lumpur| Jika anda yang berada di sekitar kawasan Melawati dan sedang mencari tempat makan tengahari best di Taman Melawati, Kuala Lumpur dan sedap,  jemputlah datang dan merasai keenakan restoren yang terdapat di sini.

Anda yang dah mula rasa lapar, kami nak kongsikan kepada anda tiga tempat makan tengahari best di Taman Melawati, Kuala Lumpur  yang membuatkan anda tak sabar nak pergi. Hidangan yang membuatkan anda terliur nak cuba. Confirm!

1. Restoren Raso Omak Den 

Sebut sahaja nama restoren ni, pasti ramai yang dah tahu nama restoren ni asal dari dialek nogori Sembilan kan? Anda yang suka makan hidangan masakan melayu asli restoren ini adalah pilihannya. Keenakan makanan yang tersedia di restoren ini patut kami kongsikan untuk makan tengahari anda.

Restoren ini menyajikan pelbagai pilihan lauk seperti daging salai masak lemak, ayam kampung salai masak lemak, sambal tempoyak daun kayu, daging kicap, dan pelbagai lagi hidangan yang di masak seperti masakan ibu kita sendiri sesuai dengan nama restoren bermaksud Emak Saya. Harga yang mereka tawarkan juga mengikut jenis lauk yang diambil dan anda tak perlu risau kerana harga di sini memang murah. Walaupun kedai ini kerap dikunjungi pelanggan, kebersihan kedai juga terjamin di sini. Sangat menyeronokkan untuk menikmati hidangan tengahari best di sini ya.

Menarik kan? Kecur air liur dibuatnya, hidangan makan tengahari mereka di restoren Raso Omak Den ini pastinya sedap hingga licin pinggan. Jadi apa lagi anda nak tunggu, boleh lah mula rancang untuk ke Restoran Raso Omak Den  di Taman Melawati sebagai tempat makan best anda hari ini.

Kalau berhajat nak singgah ini alamatnya : Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur Jika ada sebarang pertanyaan atau mahu buat tempahan boleh call 012-268 9735.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/pages/Restoren-Raso-Omak-Den-Taman-Melawati/880310528707700

2. Restoren Mohd Chan

Jika anda ingin menikmati hidangan masakan China Muslim, restoren Mohd Chan adalah pilihannya. Pengasas restoren ini ialah china muslim. Terdapat pelbagai hidangan makanan yang boleh dinikmati tengahari disini. Mereka menyajikan hidangan masakan seperti daging masak black pepper, ikan goreng masak 3 rasa, ketam masak telur masin dan macam-macam lagi masakan yang sedap tersedia disini.

Restoren ni sangat sesuai sekiranya anda datang bawa keluarga dan anak-anak menjamu selera di restoren Mohd Chan. Kebersihan kedai juga terjamin, keadaan restoren yang sangat cantik dan harga juga amatlah berpatutan. Jom kita tengok gambar-gambar menu yang disediakan di Restoran Mohd Chan.

Tampak sedap kan ? Kalau rasa best, apa kata ajak seisi keluarga untuk mencuba dan merasai hidangan makanan china muslim di Restoran Mohd Chan.

Kalau berhajat nak singgah ini alamatnya : 59-60, Jalan Negara, Taman Melawati,
Kuala Lumpur, Malaysia 53100. Jika ada sebarang pertanyaan atau mahu buat tempahan boleh hubungi di:  03-4105 6125

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/pages/category/Malaysian-Restaurant/Mohd-Chan-Malaysia-1477770605672018/

3. Melawati Nasi Ayam Aunty Hainan

Kalau dua restoran tadi tidak mendatangkan selera anda, harapnya restoren Melawati Nasi Ayam Aunty Hainan mampu memikat selera anda. Hidangan Nasi Ayam semestinya telah menjadi pilihan ramai orang. restoren ini menyajikan hidangan nasi Ayam yang mampu memikat selera pelanggan dengan masakannya begitu sedap hingga licin pinggan. Kesedapan kuah sup ayamnya yang sungguh sedap dan menyelerakan akan membuatkan anda untuk datang kerap lagi lepas ni.

Harga yang ditawarkan oleh restoren Melawati Nasi Ayam Aunty Hainan bagi sepinggan nasi ayam mereka ialah 5.00 ke 5.50. Sangat murah kan? Disebabkan nasi ayam mereka ni sedap, mereka juga membuat tempahan untuk pelanggan yang ingin merasai hidangan nasi ayam mereka ni. Kepada yang nak cuba, boleh tengok dulu gambar-gambat di bawah. Mana tahu dengan perkongsian gambar daripada kami ni dapat membantu masalah anda untuk mendapatkan hidangan makan tengahari yang best di area Taman Melawati , KL ni kan? Hi hi hi.

Dah puas tengok gambar-gambar tu, boleh lah anda cuba pergi ke restoren Melawati Nasi Ayam Aunty Hainan untuk merasai pengalaman sendiri menikmati hidangan nasi ayam hainan mereka tu ya.

Anda yang berhajat nak cuba boleh cari alamat ni : Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur. Jika ada sebarang pertanyaan hubungi 013-367 1494

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/explore/locations/273264667/nasi-ayam-hainan-auntie-medan-selera-melawati?hl=en

Adakah kami telah membantu anda mencari tempat makan tengahari best untuk korang di Wangsa Maju, KL ini. Habis baca jangan lupa tekan SHARE dan kongsikan kepada rakan-rakan anda.

Tags: , , , , ,

Category: TEMPAT MAKAN BEST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *