Keluar Istana Negara. YB Mahfuz Bagi Berita Gembira Buat Malaysia. Ada Video.

| February 26, 2020 | 0 Comments

Keluar Istana Negara. YB Mahfuz Bagi Berita Gembira Buat Malaysia. Ada Video. | Hari ini selepas ahli parlimen dipanggil mengadap ke istana negara, Ini respon gembira YB Mahfuz ketika disoal wartawan semasa keluar dari istana negara. Baca Selanjutnya.

Berita Gembira Buat Malaysia

Kemelut politik yang melanda negara sejak beberapa hari ini sedikit sebanyak telah menimbulkan rasa ingin tahu akan keputusan dan pengakhiran yang akan terjadi setelah semuanya selesai.

 

Selepas Perdana Menteri Malaysia yang ke-7 iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad memutuskan untuk meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia, beliau terus dipanggil mengadap Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum dan seterusnya dilantik sebagai Perdana Menteri interim.

Kesemua ahli parlimen juga turut dipanggil mengadap ke istana negara bagi membincangkan berkenaan perkara itu sebelum kabinet menteri baru dibentuk.

Pengamal media yang setia menanti di luar pintu pagar istana untuk membuat laporan sempat bertanyakan soalan kepada ahli-ahli parlimen yang sedang beredar melalui pintu keluar istana negara.

Antara ahli parlimen yang sempat untuk melayan persoalan para wartawan adalah ahli parlimen daripada Pokok Sena iaitu YB Dato’ Mahfuz Bin Haji Omar.

Beliau menjelaskan bahawa perbincangan bersama YDPA adalah rahsia dan belum boleh dikongsi bersama media namun beliau berkata “good news for Malaysia”.

Pun begitu, YB Dato’ Mahfuz Bin Haji Omar dilihat ‘mengunci mulut’ daripada mendedahkan sebarang maklumat mengenai perjumpaannya bersama YDPA.

“Itu rahsia, semuanya rahsia”

Dalam perkongsian yang sama, Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah juga turut ‘mengunci mulut’ daripada memberi sebarang komen mengenai perjumpaan dengan YDPA.

Walau apapun yang terjadi dalam kemelut dunia politik yang dilalui oleh negara kita ketika ini, kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya berdoa dan berharap agar segala keputusan dan perkara yang bakal terjadi tidak akan menjejaskan keamanan serta kedaulatan tanah air yang dicintai ini.

 

Sumber: Bernama Via Siakap Keli

Tags: , , , , ,

Category: SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *