4 Resepi Minuman Popular dan Menyegarkan | Sekali sekala minum air manis pun sedap jugak. Kali ini ada 4 resepi minuman yang menggunakan Spritzer Sparkling. Untuk yang nak diet tu boleh la menikmati fizz sihat tanpa gula. Cara yang sangat senang dan bahan yang mudah dapat. Jom usha resepi.

1. SODA HERBS

Bahan-bahan:

1 batang serai

2 – 3 biji laici

3 kepingan lemon

1 batang daun pudina

2 – 3 biji asam boi

½ cawan ais

Spritzer Sparkling secukupnya

Cara-cara:

1. Dalam satu cawan, masukkan serai, laici, lemon, pudina dan ais.

2. Masukkan Spritzer Sparkling secukupnya.

 

2. BLUE OCEAN

Bahan-bahan:

1 sudu besar bunga telang

2 sudu besar air panas

Spritzer Sparkling secukupnya

2 sudu besar cordial oren

1 cawan ais

2 sudu besar biji selasih (direndam air panas)

Cara-cara:

1. Dalam satu cawan, masukkan bunga telang dan air panas. Rendamkan selama 20 minit.

2. Masukkan Spritzer Sparkling secukupnya. Tapis.

3. Dalam cawan yang lain, masukkan cordial oren dan ais.

4. Masukkan air biru yang dibuat seketika tadi.

5. Masukkan biji selasih.

 

3. LIMAU ASAM BOI

Bahan-bahan:

6 biji limau kasturi (dibuang biji)

1 sudu besar gula – Spritzer Sparkling secukupnya

2 – 3 biji asam boi

½ cawan ais

Cara-cara:

1. Dalam satu blender, kisarkan limau kasturi bersama gula dan spritzer sparkling. Tapiskan.

2. Dalam satu cawan, masukkan asam boi dan ais.

3. Masukkan air limau kasturi yang dikisarkan tadi.

 

4. PUNCH BUAH – BUAHAN

Bahan-bahan:

½ cawan ais

2 keping limau nipis

2 sudu besar fruit cocktail

2 sudu besar jus fruit cocktail

1 sudu besar jus limau nipis

Spritzer Sparkling Secukupnya

Cara-cara:

1. Dalam satu cawan, masukkan ais, kepingan limau nipis, fruit cocktail, jus fruit cocktail dan jus limau nipis.

2. Masukkan Spritzer Sparkling secukupnya.

Kredit: Seismik  Makan

Ha, senang kan? Hanya pakai air Spritzer Sparkling saja dah jadi macam air dekat kedai. Baru feel waktu makan nanti.

Sekali rasa, mesti nak lagi. Jom cuba buat.

Share.

Leave A Reply