Tau Fu Fa Cara Mudah

| June 11, 2020 | 0 Comments

Tau Fu Fa Cara Mudah | Jadikan kesyukuran sebagai muzik dihati dan senyuman sebagai pembuka hari agar hari ini kita tenang melalui apa pun yang kita kerjakan. Btw, assalamualaikum dan hai semuanya. Jadi resepi apa ya kali ini? Okay baiklah hari ini saya nak share resepi Tau Fu Fa. Resepinya cukup mudah dan senang dibuat. Anda semua nak tahu tak Tau Fu Fa atau tauhu lembut mempunyai banyak kelebihan dan khasiat untuk tubuh badan kita. Antaranya ialah:

1. Mencegah kanser
2. Meringankan diabetes
3. Mengurangi gejala menopaus
4. Mencegah osteoporosis
5. Mencegah aterosklerosis
6. Anti penuaan

Haa, lebih baik kita makan makanan yang berkhasiat untuk menjaga tubuh badan kita. Betul tak? Di China, mereka makan Fau Fu Fa dicampurkan dengan minyak cili, kicap, lada, kacang atau nasi. Kalau di Malaysia pastinya ingin makanan yang manis manis.  Okay baiklah tanpa m  jum kita mulakan resepi Tau Fu Fa manis yang digemari ramai oleh rakyat Malaysia. Tapi selepas kita makan makanan manis, jangan lupa detox semula ya.

Bahan-bahan

– Air Soya dua kotak yang besar (sekotak tu bersamaan 1 liter).
– Agar-agar tali/ jelly strips yang 26 gram (dekat paket tak tulis, tapi saya pergi timbang)
– Air kosong 2 ke 3/4 cawan untuk larutkan agar-agar (**kalau guna agar-agar 20gram, guna air 2 cawan sahaja.)
– Daun pandan utk bagi wangi

Cara-caranya

1. Larutkan agar-agar dengan air. Letak daun pandan.

2. Lepas agar tu dah larut, masukkan 2 kotak air soya tu. Panaskan sekejap.

3. Pastikan anda tapis dahulu sebelum masukkan ke dalam bekas.
4. Biarkan sejuk sekejap sebelum letakkan di dalam peti ais
5. Dan SIAP!
Tips
 Air gula merah/air gula biasa (Nak sedap lagi, letakkan siap-siap air gula di dalam bekas tau fu fah tu, lepas itu sejukkan, dah sejuk baru mkn.)
Haa, mudahkan nak buat Tau Fu Fa ni. Rasanya yang enak dan lembut dan ditambah lagi air manis membuatkan lagi Tau Fu Fa menjadi sangat sedap. Jadi selamat mencuba resepi ini.

Tags: , , , ,

Category: RESEPI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *