Sotong Bakar Thailand Kaw

| June 11, 2020 | 0 Comments

Sotong Bakar Thailand Kaw | Assalamualaikum dan hai, semoga kalian sihat-sihat sahaja. Entri kali ini tiba-tiba teringin nak share resepi dari Thailand ni. Haih tengok gambar saja pun dah terliur apatah lagi dah dihidangkan depan mata kita. Nak makan dekat kedai thai mestilah sedap kan. Tapi lagi sedap kalau kita buat sendiri. Mesti puas hati lah. Jadi apa tunggu lagi jum buat resepi Sotong Bakar dari Thailand ini.

Bahan-bahannya:

– 2 ekor sotong bersaiz besar.

– beberapa tangkai cili padi merah dan hijau,

– 1 biji tomato.(dipotong dadu)

– 5 ulas bawang putih .(dipotong dadu)

– 1/2 biji bawang besar (dipotong dadu)

– daun ketumbar (dihiris halus)

– sedikit perahan jus lemon.

– sedikit air sotong bakar .(sekiranya masa bakar sotong tadi ada keluar air)

-2 sudu sos ikan.

– air masak sedikit

-garam ,gula dan sebuk perasa ..

Cara-caranya:

PERTAMA: Bakar sotong.

– Bakarkan 2 ekor sotong kosong di atas Pan tanpa minyak.

– Bila sotong agak masak sedikit, kelarkan badan sotong tersebut. Bakar sehingga sotong dah masak.

KEDUA: Sos sotong bakar.

– Masukkan cili padi kedalam lesung batu, dan tumbuk sehingga hancur.

– Kemudian, masukkan bawang, tomato dan bawang putih yang telah dipotong dadu ke dalam lesung tadi. Dan kacaukan bersama cili yang telah hancur.

– Seterusnya, masukkan jus lemon, air sotong bakar, dan kacaukan sehingga sebati semua.

– Selepas itu, masukkan daun ketumbar kedalam bekas lesung dan gaulkan bersama.

– Masukkan dalam 2 sudu besar sos ikan dan juga sedikit air masak. Gaulkan bersama.

– Akhir sekali, perasakan dengan sedikit garam, serbuk perasa dan sedikit gula.

– Dan tuangkan diatas sotong bakar tadi.

Kredit: Resepi Geng Makan

Haa, macam mana mudah dan sedapkan. Jadi apa tunggu lagi adik kakak? Moh kita buat sendiri resepi ini

Tags: , , ,

Category: RESEPI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *