Resepi Kuih Cincin Rangup Terus Jatuh Hati

| June 13, 2020 | 0 Comments

Resepi Kuih Cincin Rangup Terus Jatuh Hati | Assalamualaikum dan hai. Semoga segala hal yang kita jalani kini. Seberat apa pun usaha menjaga hati. Tidak hanya menjadi lelah yang tak berarti. Okay baiklah, min rasa min dah jatuh hati lah. bukan apa min dah jatuh hati dengan kuih cincin lah. Sahabat min berasal dari Sabah. Dia suka sangat perkenalkan masakan dari Sabah. Bukan senang tau nak ada dekat Semenanjung ni. Sekali makan kuih cincin ni terus jadi minat sungguh sebab rangup dan rasa kuih ini sangatlah sedap. Min makan sampai tak sedar dah setengah balang habis.🤣🤣🤣🤣 . Jadi disebabkan susah nak dapat kuih cincin dekat Semenanjung ni min try buat sendiri dekat rumah. Resepi kuih cincin ini cukup mudah. Jom kita buat resepi dari Sabah yang sedap ni. Rugi tak cuba!

Bahan-bahan

¾ Cawan air
1 cawan gula merah
1 cawan gula kabong
3 cawan gula pasir
½ sudu besar minyak masak
¼ sudu kecil garam halus
3 ½ cawan tepung gandum
Semangkuk tepung gandum untuk proses menekap kuih cincin

Bahan adunan untuk mencelup isi kuih cincin:

¾ cawan air
1 ½ cawan tepung beras

Bahan lain yang diperlukan :

Semangkuk besar air untuk mencelup sebelum menggoreng.
Minyak untuk menggoreng

Cara membuat

1. Mula-mula campurkan gula pasir bersama minyak dan garam di dalam mangkuk. Ketepikan dahulu.

2. Selepas itu, masukkan air, gula merah dan gula kabung ke dalam periuk. Didihkan sehingga gula larut tanpa perlu dikacau. Setelah gula larut, tapiskan ke dalam campuran gula, minyak dan garam tadi. Kacau rata menggunakan sudu sehingga likat dan pekat.

3. Kemudian, masukkan tepung gandum dan kacau sebati sehingga menjadi adunan doh yang lembut. Selepas itu, masukkan doh ke dalam mangkuk yang telah dilapis plastik, bungkus dengan kemas dan simpan di dalam peti sejuk selama ½ jam atau sehingga betul-betul sejuk.

4. Sementara itu, sediakan adunan untuk mencelup isi kuih cincin. Campurkan air bersama tepung beras dan kacau rata sehingga pekat. Ketepikan dahulu.

5. Selepas setengah jam, keluarkan doh dari peti sejuk.Taburkan tepung gandum untuk proses mencanai dan menekap kuih cincin supaya ia tidak melekat. Leperkan doh, tekap menggunakan penekap bulat sebesar 3-4 inch dan penekap bulat sebesar ½ inch untuk cincinnya.

6. Setelah selesai menekap, celupkan ke dalam air supaya ia rapuh dan rangup. Kemudian goreng di dalam minyak yang panas sehingga warna keemasan. Angkat, toskan dan biarkan sejuk sebentar.

7. Setelah kuih cincin agak sejuk, celupkan ke dalam adunan tepung beras yang telah dibancuh tadi dan goreng di dalam api yang perlahan sehingga warna putih kekuningan.Angkat dan toskan minyaknya.

8. Kuih cincin sedia untuk dihidang. Jika disejukkan dan disimpan di dalam bekas kedap udara , ia boleh tahan selama sebulan.

Kredit : Resepi iCookAsia

Ha, dah siap.  Walaupun kuih ini nampak biasa sahaja. tapi saya jamin sedap dan rangup tau. Selamat mencuba semua.

Tags: , , , , , ,

Category: RESEPI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *