Resepi Lidah Buaya manis dan Rangup

| June 13, 2020 | 0 Comments

Resepi Lidah Buaya manis dan Rangup | Assalamualaikum dan hai semuanya. Entri kali ini saya nak share resepi kuih. Kuih ini cukup rangup dan manis. Resepi yang saya nak share adalah kuih Lidah buaya. Tapi ada yang memanggil nama kuih ini adalah kuih tiram, kuih kapal terbang dan macam-macam lagi lah.Kuih ini juga menjadi tarikan istimewa terutamanya bagi kanak-kanak. Jadi apa tunggu lagi. Jom kita start buat.

Bahan-bahan

500g tepung gandum
4 sudu marjerin
1 biji telur
1 sudu kecil garam
150gram gula aising
1 cawan air
1 mangkuk minyak
3 sudu besar tepung ubi

Cara membuat

1. Mula-mula campurkan tepung gandum bersama marjerin, kemudian gaul rata sehingga menjadi serbuk roti

2. Masukkan telur dan uli sehingga sebati sambil masukkan air sedikit demi sedikit

3. Masukkan sedikit garam dan uli sehingga doh tidak melekat di tangan. Kemudian canai nipis dan sapukan dengan sedikit minyak.

4. Tabur sedikit tepung ubi dan gulungkannya

5. Selepas itu, potong lebih kurang 2 inci. Ambil 1 doh, canai nipis sekali lagi, kemudian letakkan sedikit minyak dan telung ubi, lipat dua dan canai nipis sekali lagi.

6. Gulungkan dan potong lebih kurang ½ inci. Rehatkan lebih kurang 10 minit

7. Selepas itu, canai nipis dan goreng di dalam minyak panas sehingga perang keemasan. Angkat dan toskan minyaknya

8. Sira dengan gula aising dan kuih lidah buaya sedia untuk dihidang. Selamat mencuba!

Kredit: Resepi iCookAsia

 

Tags: , , , , , ,

Category: RESEPI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *