Resepi Mini Pavlova

| June 13, 2020 | 0 Comments

Resepi Mini Pavlova | Cakap saja pasal pavlova ni, mesti kaum hawa dah mula berbisik dah. Maklumlah pavlova ini memang favorite orang perempuan kan? Tambah-tambah yang suka sangat buat menu diet.Mesti pavlova termasuk sekali dalam senarai kan. Kali ini, jom kita buat mini pavlova pula. Jom tengok resepi.

Bahan-bahan maringue:

6 biji putih telur

300 gram gula kastor

1 1/2 tbsp tepung jagung

1 1/2 tbsp cuka

Esen vanila

 

Bahan-bahan topping:

2 cawan whipped cream

5 tbsp gula aising

3 sudu horliks

 

Cara Membuat:

 Langkah 1

Pukul putih telur hingga bertanduk, kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit.

Langkah 2

Masukkan tepung jagung, cuka dan esen vanila. Pukul hingga sebati.

 Langkah 3

Paipkan di atas parchment paper dan bakar 135 selama 1 jam 45 min.

 Langkah 4

Pukul whipped cream, gula dan horliks hingga kembang.

 Langkah 5

Paipkan cream di atas pavlova dan hiaskan dengan serbuk koko dan buah-buahan.

Kredit: Seminit Resepi

Ha, amacam? Senang ja kan? Kalau dah pandai buat nanti mesti tiap-tiap hari nak buat kan. Memang sesuai sangat kalau nak diet. Jom la kita buat. Selamat mencuba.

Tags: , , , ,

Category: RESEPI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *