500 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bakal Disumbang Kepada Negara Miskin – Joe Bidin | Amerika Syarikat (AS) difahamkan telah mengumumkan untuk menyumbang kira-kira 500 juta dos vaksin Covid-19 jenis Pfizer-BioNTech kepada 92 buah negara yang berpendapatan rendah untuk tempoh-tempoh akan datang menurut laporan media tempatan.

500 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bakal Disumbang Kepada Negara Miskin - Joe Bidin

Pengumuman insentif tersebut bakal diumumkan oleh Joe Biden iaitu sebelum bermulanya Sidang Kemuncak G7 pada Khamis tidak lama lagi selepas mereka dijangka akan mengedarkan 200 juta dos pada tahun ini manakala bakinya diedarkan tahun depan.

Amerika Syarikat sebelum dilaporkan berdepan dengan tekanan agar negara tersebut dapat meningkatkan akses vaksin kepada negara berpendapatan rendah.

Menurut ulasan Penasihat Keselamatan kepada Presiden, Jake Sullivan, Joe Biden iaitu Presiden AS dilaporkan sedang komited dalam membantu isu kesihatan awam dunia terutama kepada golongan di negara berpendapatan rendah berikutan menyifatkan bahawa ia merupakan isu yang jadi keutamaan masyarakat dunia ketika ini.

Langkah yang diambil AS ini dapat memberi bayangan luas kepada AS supaya menjadi lebih terbuka.

Sumber: Astro Awani 

Share.

Leave A Reply