Resepi Kek Pisang Kukus | Sebut saja kek pisang ni, semua orang tau macam mana rupa dia. Memang kalau dekat mana-mana majlis pun, mesti ada kek pisang ni. Cuma kadang-kadang orang lagi suka beli daripada buat. Ramai yang tak tau lagi cara nak buat kek pisang ni. Ni ada resepi kek pisang kukus untuk hampa. Nanti bila-bila ada masa boleh buat sendiri.

Bahan – Bahan:

Bahan A :

1 1/2 cawan tepung gandum

1 sudu kecil baking powder

3/4  cawan minyak masak

 

Bahan B:

5-6 biji pisang

1 biji telur ayam

1 sudu kecil esen pisang / esen vanilla’

1 cawan gula

1 sudu kecil garam

 

Cara – cara :

  1. Ayak tepung gandum dan baking powder ke dalam satu mangkuk.
  2. Kemudian masukan minyak masak dan kacau rata.Ketepikan.
  3. Di dalam pengisar, masukan semua Bahan B ( pisang, telur ayam, esen pisang, gula dan garam). Kisar sehingga semua sebati.
  4. Kemudian masukan Bahan B yang dikisar ke dalam mangkuk yang mengandungi Bahan A.
  5. Kacau rata dengan cara kaup balik sahaja. Kemudian masukan ke dalam loyang pengukus.
  6. Panaskan periuk pengukus.
  7. Kukus bancuhan kek pisang selama 40 minit. Siap dan boleh dihidang.

Kredit: malay kitchen

Ha, amacam? Sempoi habis la. Cara nak buat tu bukannya susah mana pun. Lepas saja siap masak, tak sempat nak tangkap gambar dah habis licin dah anak-anak pakat makan. Terus puji ibu buat kek sedap. Ha, ibu pun kembang semangkuk la. Lepas ni setiap hari nak buat. Apa-apapun selamat mencuba.

 

 

Share.

Leave A Reply