Tips Pilih Buah Tembikai Yang Manis | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Buah tembikai antara kegemaran ramai dan menjadi pilihan untuk hidangan semasa kenduri. Namun bukanĀ  mudah untuk memilih buah tembikai yang segar dan manis. Sebenarnya ada beberapa tips yang boleh dijadikan panduan semasa membeli tembikai.

1. Kenali Jantina

Ramai yang tidak tahu sebenarnya tembikai mempunyai jatina. Contohnya tembikai jantan ukurannya lebih besar, bentuknya lonjong dan mengandungi banyak air serta biji. Ia lebih sesuai dibuat jus berbanding tembikai betina yang berbentuk bulat, kurang biji dan rasanya pun lebih manis, yang sedap dimakan begitu sahaja.

2. Tompokan Kuning

Pilih tembikai yang mempunyai tompokan kuning krim dan kadangkala oren. Ia menunjukkan tembikai tersebut telah berada lama di atas tanah dan semestinya telah masak sempurna dan manis. Jika tompokan tersebut berwarna putih, itu bermaksud tembikai masih belum matang sempurna.

3. Tompokan ‘Jaringan Lebah’

Jika sebelum ini kita pilih tembikai yang bersih tanpa cacat cela, selepas ini pilihlah yang mempunyai tompok-tompok gelap seperti jaringan labah-labah ni. Sebenarnya lagi banyak tompok-tompok gelap ni lagi bagus buahnya. Sebab ia menunjukkan yang buah ini banyak kali dihinggap sang lebah.

4. Tekstur Licin

Rasa tekstur permukaan kulitnya, jika licin seakan berkilat menunjukkan buah tembikai tersebut sudah matang. Manakala jika permukaan luar nya agak kasar, itu menunjukkan buah tersebut masih mentah.

5. Timbangan Berat

Pilih tembikai yang mempunyai timbangan berat berbanding dengan saiznya. Walaupun kecil saiznya, tapi berat bila ditimbang. ini menandakan isi tembikai segar berair.

6. Tangkai Kering

Pilih tembikai yang mempunyai tangkai kering dan kecut, bermakna tembikai tersebut telah masak sempurna. Jika ianya masih hijau, kemungkinan besar tembikai dipetik terlalu awal dan belum masak ranum sepenuhnya.

7. Tepuk Tembikai

Tepuk-tepuk atau jentik-jentik dengan jari sedikit buah tembikai itu, sekiranya ia mengeluarkan bunyi yang seakan-akan kosong, menandakan ia sudah masak dan elok isinya.

 

Sumber: Mingguan Wanita

Share.

Leave A Reply