Kenapa Ayahku Begini | Assalamualaikum semua pembaca setia iiumc. Terima kasih kepada admin sekiranya menyiarkan confession aku. Maaf jika confession aku buat pembaca pening kerana aku takde bakat dalam penulisan. Aku harap confession aku ni sedikit sebanyak dapat mengurangkan kesedihan yang aku alami sekarang.
Aku Nia, mempunyai 4 orang adik beradik. Aku dan adik-beradik ku baru
sahaja pulang dari kampung untuk menyambut Hari Raya Aidil Adha bersama
ayahku.
Untuk pengetahuan semua, ibuku telah meninggal 10 tahun yang lalu. Pada
bulan ramadhan yang lalu kami mendapat tahu rumah ayah dimasuki pencuri.
Ayahku memberitahu bahawa tiada barang berharga yang hilang hanya ic dan
lesennya sahaja. Waktu itu kami lega kerana ayah selamat dan tiada
barang berhrga yang lain hilang.
Ketika pulang ke kampung baru-baru ini, kami terkejut bila melihat bilik
masing-masing berselerak seperti dimasuki pencuri.
Aku terdetik hati untuk bertanyakan pada ayahku. Ada barang berhargakah
di dalam bilik ayah kerana dalam bilik kami adik-beradik setahu aku
tiada barang yang berharga.
Lalu ayah memberitahu ada barang kemas arwah mak dan arwah nenek.
Di saat tu jugak aku trkejut besar sebab semenjak arwah mak meninggal 10
tahun yang lalu, ayah tak pernah bagi tau pada anak-anak perempuannya
mengenai barang kemas tinggalan arwah mak.
Nenek pula meninggal pada tahun 2014. Sama juga ayah tak pernah
menceritakan mengenai barang kemas tinggalan nenek.
Aku dan adik perempuanku tersangat sedih bila mengetahui hal ini. Kenapa
ayah rahsiakan hal ini bertahun lamanya.
Barang kemas tersebut telah lesap dan licin diambil pencuri. Nilai yang
hilang lebih kurang RM20k.
Rupa-rupanya pencuri yang masuk mencuri dalam rumah ayah hari tu telah
masuk mengambil barang-barang kemas tersebut.
Tapi ayah langsung tak bagi tau kami adik-beradik. Sehinggalah balik
raya hari tu aku terdetik untuk bertanya.
Kenapa ayah langsung tak bagi tau pada anak-anak?
Kenapa ayah nak rahsiakan pasal barang kemas tinggalan arwah mak dan nenek?
Kenapa ayah tak bagi pada anak-anak perempuannya barang kemas tu selepas
ketiadaan arwah?
Sampai sekarang aku kecewa dan terkilan dengan ayahku. Bertambah sedih
bila tahu barang-barang kemas arwah ada dalam simpanan ayah
bertahun-tahun tapi tak dibagi pada kami.
Lagi bertambah-tambah sedih bila tau barang tu dah dirompak semua. Kami
tak dapat nak merasa apa lagi nak tengok barang kemas apa yang arwah
tinggalkan.
Sejak pulang dari kampung dan tahu hal ini, aku jadi tak lalu makan. Tak
boleh nak buat keje, menangis setiap hari mengenangkan barang-barang
kemas yang telah dirompak itu.
Sedih sebab hanya itu kenangan yang ada dengan arwah mak dan nenek.
Sampai sekarang aku tak boleh terima dengan apa yang terjadi. 10 tahun
ayah rahsiakan pasal barang kemas tersebut. Sedih tersangat sedih.
Anak-anak langsung tak tahu.
Aku terfikir adakah ini memang suratan takdir, tiada rezekiku dengan adikku.
Ujian dari Allah atau kecuaian dari ayah sendiri kerana ayah bagi tau
dia tidak mengunci pintu rumah ketika keluar (hari rumah ayah dimasuki
pencuri).
Bilik lain semua berkunci dan barang berharga tersebut disimpan rapi
dalam bilik berkunci dan almari berkunci.
Aku tak boleh nak redha lagi dengan apa yang terjadi ini.
Pembaca semua mohon doakan aku kuat dan doakan aku agar dapat memaafkan
ayahku.
Adakah Allah hendak menguji ku, keluargaku?
Mohon pembaca semua dapat memberikan komen yang membina.
– Nia (anak yang terluka) (Bukan nama sebenar)
Kredit: IIUM Confessions