Terlalu Lama Di Dalam tandas, Seorang Pekerja Dipotong Gaji | Apabila kita bekerja perkara yang paling tidak diingini ialah pemotongan gaji di oleh majikan disebabkan  beberapa kesalahan yang dilakukan. Namun agak berbeza buat lelaki ini apabila ia dipotong gaji kerana kesalahan yang agak pelik iaitu terlalu lama di dalam tandas. Lelaki terbabit yang merasa tidak berpuas hati kemudian menceritakan hal terbabit di Facebook.

Terlalu Lama Di Dalam tandas, Seorang Pekerja Dipotong Gaji

Meskipun ia merupakan sesuatu yang aneh namun hal inilah yang terjadi kepada seorang lelaki di Taipei, Taiwan apabila gajinya dipotong kerana terlalu lama di dalam tandas. Hal ini sekaligus mengundang kontroversi di media sosial.

Pekerja yang hanya mahu digelar sebagai Mr A itu menyuarakan ketidakpuasan hatinya di laman Facebook yang mana ia mengatakan bahawa majikannya telah memotong gajinya pada bulan lalu kerana ia telah menghabiskan masa yang lama di dalam tandas iaitu selama 49.5 jam ataupun 2 jam dalam sehari.

Namun, apa yang membuatkan Encik A menjadi marah adalah kerana pihak majikannya tidak memaklumkannya bahawa boleh dipotong gaji jika menghabiskan masa yang terlalu lama di dalam tandas.

Lelaki tersebut kemudian memuat naik keluhannya itu di Kumpulan Facebook Blame 2 Commune di mana ia juga meminta nasihat daripada ahli-ahli kumpulan berkenaan.

Menurutnya, dia bekerja selama 22 hari atau bersamaan 195 jam dengan bayaran sebanyak 106 Yuan sejam (RM 101).

Namun, selepas menerima gajinya, Encik A menyedari gajinya sebanyak 4,400 Yuan (RM 2,779) telah dipotong.

Dia diberitahu bahawa rakaman televisyen tertutup (CCTV) mendapati bahawa Encik A telah menghabiskan masa selama 5o jam di dalam tandas sedangkan majikannya hanya membenarkan penggunaan tandas dalam masa satu jam sahaja untuk sehari.

katanya, ia mengakui bahawa ia terlalu lama di dalam tandas namun itu tidak bermakna pihak majikannya boleh memotong gaji dia sebegitu sahaja.

Encik A juga menambah bahawa syarikatnya juga mengugut untuk memecatnya sekiranya ia tidak membiarkan sahaja kes pemotongan gajinya itu.

Sumber: Kosmo

Share.

Leave A Reply