(Video) 10 Remaja Terlibat Kes Buli Ditahan Polis, Dipercayai Punca Hanya Mengenai Teman Wanita| Telah tular satu video pada rabu lalu apabila seorang remaja lelaki telah dibuli oleh beberapa remaja yang lain. Dikatakan pergaduhan itu berlaku disebabkan oleh mangsa yang dibuli telah mengganggu teman wanita kepada salah seorang suspek yang turut sama memukul mangsa.

(Video) 10 Remaja Terlibat Kes Buli Ditahan Polis, Dipercayai Punca Hanya Mengenai Teman Wanita

Kesemua remaja itu termasuk seorang remaja perempuan telah ditahan oleh pihak polis apabila video yang dirakam secara siaran langsung itu telah menjadi tular di media sosial. Mangsa dan juga remaja perempuan yang dikatakan teman wanita salah seorang suspek turut sama ditahan.

Kesemua remaja ini dalam lingkungan usia 13 dan 14 tahun. Kesemua mereka berasal dari Batu Gajah, Perak. Berdasarkan video rakaman yang berdurasi selama 7 minit 39 saat itu, mereka itu menggunakan dialog dialek Perak. Kejadian berlaku disebabkan ketidakpuas hati kumpulan remaja itu terhadap mangsa.

Mangsa dikatakan telah mengganggu teman wanita kepada salah seorang suspek. Remaja perempuan yang berusia 14 tahun itu turut ditahan.

Dalam video itu, dapat dilihat 7 orang remaja lelaki telah memukul seorang remaja lelaki iaitu mangsa dan terdapat seorang remaja perempuan turut sama ada di lokasi itu. Manakala terdapat lagi seorang remaja yang merupakan rakan mereka iaitu individu yang telah membuat rakaman video secara langsung di media sosial. Pergaduhan yang dirakam itu menunjukkan mangsa tidak membalas balik setiap ‘serangan’ yang dikenakan pada beliau.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah Baruddin Wariso berkata, kesemua remaja itu telah di tahan di sekitar Kampung Gajah pada jam 11.30 malam. kesemua mereka akan disiasat dengan lebih lanjut. Empat daripada remaja terbabit masih bersekolah di Kampung Gajah dan Kinta.

Kejadian dilaporkan berlaku di sebuah kedai kosong di Kampung Gajah, 1 tengah hari 20 April lalu dan laporan polis pula dibuat pada 27 April selepas ia tular dan dimuatnaik pengguna Instagram menggunakan akaun ‘pemantaumalaysiabaru’.

Punca sebenar kejadian masih lagi dalam siasatan. kertas siasatan mengenai kejadian itu juga sudah dibuka dan disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Sumber: Free Malaysia Today

Share.

Leave A Reply