Buruh Binaan Mengaku Bersalah Peras Ugut Wanita Warga Emas | Masalah sosial yang melanda orang ramai pada masa kini jelas makin hari makin membimbangkan. Setiap hari ada sahaja berita-berita mengenai permasalahan yang mengaitkan tingkah laku terutama remaja. Bukan itu sahaja, isu berkaitan peras ugut di negara ini seringkali berlaku untuk menakutkan orang ramai.
Kota Bharu: Seorang pemuda mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, hari ini, terhadap dakwaan melakukan pemerasan terhadap seorang wanita warga emas dengan mendatangkan ketakutan, pada April lalu.
Tertuduh, Muhamad Fikrianisfatullah Mohd Azmi, 27, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan pemerasan terhadap seorang wanita berusia 63 tahun dengan mendatangkan ketakutan bahawa mangsa akan dicederakan sehingga mendorong mangsa menyerahkan wang berjumlah RM2.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 14 tahun dan boleh juga dikenakan denda atau sebat. Sementara itu, pendakwaan berkenaan telah dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Wan Nurul Hanini Wan Ahmad Shukry.
Dalam pada itu, kejadian peras ugut itu berlaku di sebuah rumah di Kampung Kubang Siput, Pasir Tumboh, jam lebih kurang 4.35 petang, pada 5 April lalu. Bukan itu sahaja, pihak mahkamah juga telah menetapkan 6 Julai ini untuk tarikh jatuh hukum.
Pada prosiding berasingan di Mahkamah Majistret, Muhamad Fikrianisfatullah mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan mencuri sebuah motosikal jenis Honda EX5 di hadapan sebuah rumah Kampung Pulau Gadong, Jalan Kuala Besar, jam 3 petang, pada 17 April lalu. Pengakuan itu telah dibuat di hadapan Majistret Kamarul Hasyime Rosli.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih tujuh tahun dan juga boleh dikenakan denda.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Edabayu Subhan dan tertuduh diwakili peguam bela dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Ariyani Mohd Amin.
Ariyani memohon mahkamah membenarkan jaminan RM2,000 memandangkan tertuduh bekerja sebagai buruh dengan gaji RM50 sehari. Mahkamah membenarkan tertuduh dijamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 11 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Sumber: Berita Harian