Polis Kesan Penipuan Yang Ditawarkan Agensi Pelancongan Berkaitan Pakej Haji | Khalifah Media Networks – Sebagai umat islam, menunaikan ibadah haji merupakan salah satu rukun islam yang kelima. Perjalanan untuk menunaikan ibadat haji tidak sama dengan perjalanan lain yang bersifat peribadi seperti bekerja dan melancong.

Polis Kesan Penipuan Yang Ditawarkan Agensi Pelancongan Berkaitan Pakej Haji

Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan satu bentuk penipuan berkaitan pakej haji, umrah dan badal haji bagi tahun 2021. Berikutan yang ditawarkan beberapa agensi pelancongan sejak kebelakangan ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Kamarudin Md Din berkata, penawaran pakej sedemikian amat meragukan. Hal ini kerana ia ditawarkan walaupun dalam tempoh negara dilanda wabak Covid-19, serta sekatan pergerakan penuh yang dikuatkuasakan kerajaan.

Katanya, kerajaan sebelum ini menyatakan, bahawa ia masih menunggu kelulusan daripada pihak berkuasa Arab Saudi. Berkenaan kebenaran ibadah haji, serta kuota yang dibenarkan bagi musim 2021.

“PDRM melihat tindakan segelintir agensi pelancongan mengiklankan pakej haji, umrah mahupun badal haji bagi tahun 2021. Ianya adalah satu tindakan pramatang serta mungkin penipuan.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. Boleh dijalankan terhadap mana-mana pihak yang didapati melakukan penipuan berhubung kes ini.” Katanya dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan Lain dari Datuk Kamarudin

Sementara itu, Kamarudin berkata jika disabitkan dengan kesalahan. Hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebatan atau kedua-duanya sekali. Boleh dikenakan terhadap pesalah yang terlibat.

Bukan itu sahaja, beliau turut mengingatkan orang ramai, agar lebih berhati-hati dan membuat semakan yang sewajarnya dengan agensi kerajaan berkaitan, sebelum mengambil keputusan membuat bayaran dan menyertai mana-mana pakej yang ditawarkan.

Dalam pada itu, katanya, orang ramai yang berminat untuk menunaikan ibadah haji dan umrah bagi tahun ini juga diingatkan, untuk sentiasa peka dengan perkembangan dan arahan terkini yang dikeluarkan pihak kerajaan, berkaitan sekatan perjalanan bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan.

Sebelum ini, pada 24 Mei lepas, kerajaan dan Lembaga Tabung Haji (TH) menyatakan yang mereka masih lagi menunggu pengumuman rasmi daripada Kerajaan Arab Saudi, berkaitan jumlah kuota jemaah haji negara, kriteria pemilihan, dan kaedah pelaksanaan ibadah untuk musim haji kali ini.

Selain itu, pada 4 Jun lepas, TH menasihatkan bakal haji Malaysia agar bersabar menunggu pengumuman rasmi mengenai status ibadah haji tahun ini.

Berikutan itu, Pengarah Eksekutif TH Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman menyatakan, pihaknya akan memaklumkan mengenai perkara itu kepada semua bakal haji. Sebaik memperoleh keputusan rasmi daripada kerajaan Arab Saudi. Meliputi jumlah kuota jemaah haji negara, kriteria pemilihan dan kaedah pelaksanaan ibadah haji bagi musim ini.

Sumber: Harian Metro

Share.

Leave A Reply