Customize Consent Preferences

We use cookies to help you navigate efficiently and perform certain functions. You will find detailed information about all cookies under each consent category below.

The cookies that are categorized as "Necessary" are stored on your browser as they are essential for enabling the basic functionalities of the site. ... 

Always Active

Necessary cookies are required to enable the basic features of this site, such as providing secure log-in or adjusting your consent preferences. These cookies do not store any personally identifiable data.

No cookies to display.

Functional cookies help perform certain functionalities like sharing the content of the website on social media platforms, collecting feedback, and other third-party features.

No cookies to display.

Analytical cookies are used to understand how visitors interact with the website. These cookies help provide information on metrics such as the number of visitors, bounce rate, traffic source, etc.

No cookies to display.

Performance cookies are used to understand and analyze the key performance indexes of the website which helps in delivering a better user experience for the visitors.

No cookies to display.

Advertisement cookies are used to provide visitors with customized advertisements based on the pages you visited previously and to analyze the effectiveness of the ad campaigns.

No cookies to display.

Seorang bakal pengantin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas satu pertuduhan menjalankan perniagaan sebagai pemberi pinjaman wang tanpa lesen sah, enam tahun lalu.

Bakal Pengantin Mengaku Tak Bersalah Jadi 'Ah Long', Beri Pinjaman Wang Tak Berlesen

Lee Jan Wee, 32, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca dalam bahasa Mandarin di hadapan Hakim Datin Sabariah Othman.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa atas kesalahan itu di Jalan Wangsa Delima 5, di sini pada 23 Ogos 2016.

Ia merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951.

Akta yang memperuntukkan hukuman denda antara RM250,000 hingga RM1 juta, atau dipenjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Hanis Anisha Jamilludin menawarkan tertuduh diikat ikat jamin sebanyak RM50,000 dengan seorang penjamin.

Selain itu, dikenakan syarat tambahan iaitu melaporkan diri di balai polis terdekat sekali sebulan.

Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili peguam, Izzat Amir merayu agar anak guamnya diberi ikat jamin pada kadar minimum dengan alasan perlu menanggung seorang anaknya yang berusia tiga tahun.

Menurutnya, dia yang juga seorang duda, kini tinggal bersama ibu bapa akan melangsungkan perkahwinan bulan hadapan.

“Anak guam saya tidak mempunyai rekod jenayah lampau malah tidak berisiko untuk melarikan diri.

“Dulu dia bekerja di bengkel kereta dan menjual nasi ayam,” katanya.

Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Sabariah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin dan memenuhi syarat tambahan yang dicadangkan oleh pihak pendakwaan.

Mahkamah menetapkan 27 Jun depan untuk sebutan semula kes.

Pada Isnin, polis menahan seorang lelaki yang didakwa memperdaya mangsa dalam urusan pinjaman wang tanpa lesen.

Mangsa menyerahkan dua kenderaan sebagai cagaran namun ia telah dijual tanpa pengetahuan mangsa.

Sumber: Sinar Harian

 

Share.

Leave A Reply