Ibu Hilang Anak Tersayang Sekelip Mata. ALFATIHAH. | KUANTAN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun ditemui lemas dipercayai akibat terjatuh ke dalam tali air ketika memancing bersama rakannya berhampiran balai raya Chengal Lempong, semalam.

Ibu mangsa memangku jenazah anaknya yang ditemukan lemas ketika memancing berhampiran balai raya Chengal Lempong pada Ahad.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.19 malam sebelum lima anggota serta pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Gebeng dikerah ke lokasi kejadian.

Beliau berkata, Che Wan Izz Aqil Haris Che Wan Hamizi dari Taman Unity ditemui orang awam sekitar tali air itu selepas rakan mangsa meminta pertolongan daripada penduduk berdekatan.

“Anggota bomba yang tiba di lokasi bertindak memberikan bantuan pernafasan kepada mangsa sebelum ketibaan ambulans, namun pasukan perubatan yang hadir kemudian mengesahkan kanak-kanak itu telah meninggal dunia,” menurutnya dalam kenyataan malam tadi.

Rata-rata netizen mendoakan ibu kepada mangsa supaya tabah menghadapi dugaan besar itu selepas kehilangan anak secara mengejut.

“Ya Allah… betapa hancurnya hati ibu nak terima kenyataan yang menyakitkan dalam sekelip mata (kemalangan) berlaku. Semoga kuatkan ibu ini untuk meneruskan hidup,” katanya di ruangan komen Facebook Bomba dan Penyelamat Pahang.

SUMBER : FMT

Share.

Leave A Reply