Seekor ular sawa berjaya ditangkap oleh Pasukan Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin di sebuah kedai mencuci pakaian (dobi) di Impian Emas, Larkin semalam.
Menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook, anggota bomba dan penyelamat telah menerima panggilan kecemasan berhubung penemuan reptilia berkenaan.
Seramai tiga anggota terlibat dalam operasi penangkapan ular berkenaan yang diketuai oleh PBK II (KUP) Mohd Ali.
Sejurus tiba di lokasi kejadian, pihak bomba mendapati ular sawa jenis batik itu berada di dalam salah satu mesin basuh di situ.
Kecekapan pegawai bomba dan penyelamat Larkin akhirnya berjaya menangkap haiwan tersebut menggunakan penjeru sebelum dimasukkan ke dalam sangkar haiwan berbisa.
Panjang reptilia berdarah sejuk tersebut dianggarkan 5 kaki dan mempunyai berat 20 kilogram (kg).
Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan berhubung insiden itu.
Ini mesti kes rumah xde air sampaikan mandi di dobi. Lain kali jangan lupa bayar bil ye Cik U… Betul punya “Tragedi Oktober”.
1hb Oktober 2022 – BBP Larkin menerima panggilan kecemasan haiwan berbisa di kawasan Dobi di Impian Emas. Operasi diketuai oleh PBK II (KUP) Mohd Ali bersama 2 anggota bergegas ke lokasi. Sejurus tiba, di dapati ular sawa batik dianggarkan 5 kaki panjang dan seberat 20kg berada di dalam salah satu mesin basuh di situ. Ular tersebut telah ditangkap dengan menggunakan penjeru dan dimasukkan ke dalam sangkar haiwan berbisa. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan komen yang berbaur lawak dan kelakar dengan berita semalam..
Berat dye 20Kg… Masuk dalam mesin 14Kg pandai cik S……..awa
Org pn pelik kain batik sapa duk tinggal ni. Nasib baik x dibasuhnya sekali hahaha alang2 ada org tggl kain batik
Dia suruh basuh dia kenapa keluarkan, kesian dia susah2 je nak masuk situ dh kena kluarkan plak
Abam bomba sebelum tangkap bg ular sawa mandi dlu pas tu baru bole tangkap kesian dia kempunan nak mandi mecin wash kat dobi
Sumber : SK