Penganalisis Jangka Ringgit Kembali Kukuh 2023 | Penganalisis berkata ringgit yang kekal lemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika ini dijangka kembali mengukuh semula bermula suku kedua tahun depan.

Ringgit dijangka kembali kukuh suku kedua tahun hadapan

Dr Anthony Dass, Ketua Ahli Ekonomi dan Ketua Penyelidik Kumpulan AmBank Research, bagaimanapun menjangka mata wang tempatan kekal lemah pada suku keempat tahun ini dengan unjuran berada pada paras RM4.70 sedolar.

Be;iau berkata, ketidaktentuan luaran dan domestik kekal sebagai penyumbang utama kepada kelemahan ringgit.

Selain itu, jelasnya, perbezaan antara kadar faedah dengan AS kekal meluas, yang mana ia memihak kepada dolar.

Seterusnya, pihaknya menjangkakan ringgit akan terus melemah berbanding dolar AS sehingga suku pertama tahun depan kepada RM4.80 sedolar.

Dr Anthony juga menyata menuju ke depan, mereka jangka perbezaan kadar faedah antara Malaysia dan AS mengecil pada separuh kedua 2023.

Dengan kelembapan mendadak atau risiko kemelesetan di AS, mereka berpandangan potensi pengurangan kadar oleh Rizab Persekutuan AS (Fed) pada separuh kedua 2023.

Beliau juga menyatakan dalam nota penyelidikannya, dengan anggaran pengurangan sebanyak 100 mata asas pada separuh kedua 2023, dan ini bermakna perbezaan kadar faedah akan turun dari paras tinggi 1.25-1.50 peratus kepada 0.25-0.50 peratus.

Selain itu, Dass berkata, pemulihan ringgit itu berikutan ekonomi domestik dijangka akan lebih tenang selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Beliau bertambah bahawa ia bermakna kesan positif daripada Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), pelaburan langsung asing (FDI), pelaburan langsung domestik (DDI), aktiviti domestik, eksport dan pengurusan inflasi yang lebih baik dan Bajet 2023 harus menyediakan keselesaan yang diperlukan untuk ekonomi berkembang sekitar 4.5 peratus pada 2023.

Katanya, dengan dolar AS dijangka memasuki tempoh kitaran penurunan, ini bermakna ringgit berbanding dolar AS akan mula mengukuh dari suku kedua 2023 seterusnya dan selesai pada paras RM4.40 sedolar pada suku keempat 2023.

Dr Anthony berkata, tindakan agresif Fed AS menaikkan kadar faedah untuk mengawal inflasi menyokong dolar untuk mengukuh, yang mana tidak memihak kepada ringgit.

Beliau berkata, ringgit menyusut 13.5 peratus setakat 25 Oktober 2022 meskipun Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 75 mata asas kepada 2.50 peratus.

Oleh itu, jangkaan adalah untuk BNM menaikkan lagi 25 mata asas pada November 2022 dan 25 mata asas lagipada Januari 2023. Ini akan membawa kadar dasar kembali ke paras pra-COVID sebanyak 3.00 peratus.

Dengan akhir kata beliau betkata ringgit kekal lemah walaupun usaha menstabilkan mata wang dengan menggunakan kira-kira AS$9.5 bilion rizab BNM.

Ringgit telah menyaksikan penilaian paling lemah berbanding dolar AS iaitu pada paras RM4.88 sedolar pada 31 Mac 1998.

Sumber: Berita Harian

Share.

Leave A Reply