Tular Foto Pekerja Twitter Terpaksa Tidur Di Pejabat, Ini Puncanya.. | Viral sekeping foto baru-baru ini yang didakwa merupakan seorang pengurus produk di Twitter yang tidur di atas lantai pejabat, gara-gara sedang bergelut dan mengejar tarikh akhir projek yang ditetapkan oleh pengurusan baharu selepas pengambil alihan oleh Elon Musk.

Foto berkenaan dipercayai dikongsikan sendiri oleh Evan Jones, Pengurus Produk untuk Twitter Spaces yang menunjukkan Pengurus Bahagian Pengurusan Produk Twitter, Esther Crawford, sedang berbaring di dalam beg tidur sambil memakai penutup mata, dalam bilik seakan-akan bilik mesyuarat.

Evan Jones menyatakan dalam tweet berkenaan bahawa bila anda perlu sesuatu daripada bos Twitter anda, Elon.

Crawford kemudian membuat ulang kicau pada gambar tersebut dengan kapsyen bahawa apabila pasukan anda sedang bergelut dengan tarikh akhir yang diberikan, kadang-kadang anda perlu tidur di tempat kerja anda.

Gambar bekernaan muncul ditengah-tengah berita bahawa pengurusan baharu Twitter meminta semua pekerja untuk menyegerakan beberapa pembaharuan yang ditetapkan oleh Musk, dengan tarikh akhir semakin hampir.

Beberapa sumber dalaman berkata mereka kini seolah-olah bekerja 24 jam dan 7 hari seminggu untuk menyiapkan tugasan yang diberi. Manakala, ada juga pekerja yang merasa bimbang mereka akan kehilangan kerja sekiranya gagal melunaskan tanggungjawab yang diberi.

Tindakan pekerja Twitter telah mengundang kritikan daripada warganet. Perkongsian tersebut bagaimanapun mendapat kritikan negatif daripada warganet, namun Crawford tampil menjelaskan situasi sebenar.

Crawford menyatakan bahawa disebabkan segelintir orang sudah meninggalkan komen, beliau menjelaskan bahawa apabila mereka buat sesuatu perkara yang sukar, perlu ada pengorbanan seperti masa, tenaga dan sebagainya.

Crawford juga menyatakan beliau ada rakan sekerja dari seluruh negara sedang cuba memberikan sesuatu yang baharu. Maka, ia penting untuk beliau sentiasa tampil di hadapan mereka dan memastikan pasukan beliau tidak mengalami sebarang masalah.

Beliau juga menjelaskan beliau berkerja dengan ramai orang yang berbakat dan memiliki cita-cita tinggi di Twitter dan ini bukan seperti hari-hari kebiasaan mereka.

Beliau memiliki masa kurang daripada satu minggu untuk membawa perubahan terhadap perniagaan dan budaya secara besar-besaran. Setiap orang telah memberikan usaha sebaik mungkin bagi setiap bahagian seperti produk, rekaan, bahasa, undang-undang, kewangan , pemasaran dan lain-lain lagi.

Beliau bertambah lagi, mereka adalah satu pasukan dan mereka suka dengan kerja mereka.

Walau bagaimanapun, foto tersebut telah mengundang kritikan daripada pengguna Twitter yang merasakan tindakan pekerja sampai terpaksa untuk tidur di atas lantai pejabat merupakan satu perkara yang agak berlebihan.

Walter Thompson, pengurus editorial TechCrunch membalas bahawa seorang pengurus yang menghargai anda dan kemahiran anda, tidak akan buat anda terpaksa tidur di tempat kerja anda demi mengekalkan pekerjaan anda.

Sumber: Siakap Keli

Share.

Leave A Reply