Kejadian lif tersangkut di Hospital Kuala Lumpur pada petang kelmarin di mana melibatkan tiga orang termasuk orang tua tular apabila salah seorang mangsa memuatnaik video tersebut dalam akaun Tiktok miliknya.
Di TikTok, seorang wanita memuat naik satu video detik cemas menimpa dirinya serta dua orang lain sekitar petang Ahad lalu di Hospital Kuala Lumpur.
Ini kerana mereka difahamkan tersangkut di dalam sebuah lif di hospital berkenaan lebih dari sejam sementara menunggu bantuan dari pihak bomba untuk tiba.
Disebabkan kejadian itu, mereka terpaksa menahan panas di dalam lif dan lebih menyedihkan apabila seorang pak cik tua yang turut tersangkut, pengsan akibat kekurangan oksigen dan udara.
Malah, jelas kelihatan dalam video tersebut, pakcik berkenaan membuka beberapa butang baju yang dipakai kerana panas.
Wanita tersebut juga kelihatan seperti mengipas dirinya untuk mengelakkan dirinya daripada pengsan akibat kekurangan oksigen dan kepanasan.
Mereka yang terperangkap dalam lif sejak jam 5:30 petang akhirnya berjaya diselamatkan selepas pihak bomba tiba di lokasi sekitar jam 7 malam.
Perkongsian wanita itu turut mendapat perhatian orang ramai yang rata-rata meluahkan rasa risau mereka setiap kali menaiki lif kerana takut sekiranya kejadian yang sama jadi kepada mereka.
“Sebenarnya orang yang ketua lift kat situ yang jaga lift situ tak bagi call bomba katanyea. Pak guard pun tak bagi call bomba. Dekat luar lift berdebat sekejap sebab tak bagi call bomba. Sebab itu kami lama dalam tu. Jadi suami saya call bomba dan bomba cepat datang”, komen wanita yang memuat naik video tersebut.
“Bila jadi macam ini sepatutnya yang bertugas kena call operator lif yang bertugas dalam masa 30 minit wajib sampai untuk selamatkan mangsa,” komen salah seorang netizen dalam akaun Tiktok.
“Juruteknik dan pengawal tak bagi call bomba, kononnya mereka boleh selesaikan dan takut bomba kepak rosak lif. Ini cerita pasal nyawa, bukan 5min sangkut,” ujar seorang netizen yang kecam tindakan pekerja di Hospital Kuala Lumpur.
Video yang dimuatnaik oleh @aleesa260120 telah mendapat jumlah tontonan hampir 970,000 dan 33,000 tanda suka di mana rata-rata netizen juga meluahkan rasa kasihan kepada orang tua tersebut.
Segelintir netizen juga menceritakan pengalaman mereka yang pernah tersangkut dalam lif.
Selain itu, terdapat juga netizen yang mendakwa lif di Hospital Kuala Lumpur ini memang selalu tersangkut dan ramai yang pernah mengalami benda yang sama di hospital tersebut.
Oleh sebab itu, diharapkan pihak pengurusan Hospital Kuala Lumpur mengambil tindakan yang sepatutnya untuk mengelakkan hal seperti ini tidak berlaku lagi.
@aleesa260120 13/11/2022 pukul 5.30-6.50 Kejadian tersangkut dalam lift di HKL, syukur lift jatuh tak tinggi, ghisau wehh, semua panic dlm ketakutan,tak cukup oxygen, dgn panas nye, lemas, oxygen semakin kurang dlm badan, tekak kering, allahuakbar pkcik tu kesian pengsan sb xdek oxygen n udara.. syukur alhamdulilah abg bomba datang dengan cepat.. #pengalamanamatdasyat #tersangkutdlmlifthkl #lifttingkat3 #timekasihabangbomba #fypシ゚viral #tiktokseo #fypdongggggggggシ🤪🤪🤪
Sumber : Oh Bulan