Suspek wanita warga Vietnam dikatakan menjalin hubungan cinta selama 10 tahun dengan mangsa lelaki tempatan yang mayatnya ditemui dengan kesan kecederaan di sebuah apartmen di Taman Bukit Delima di sini.

Satu sumber berkata, setakat ini, motif kejadian melibatkan mangsa berusia 50 tahun dan suspek berusia 33 tahun adalah disebabkan cemburu.

“Siasatan awal mendapati mereka merupakan pasangan kekasih dan menjalin hubungan cinta selama 10 tahun.

“Suspek dipercayai mempu­nyai hubungan dengan lelaki lain menyebabkan mangsa cemburu,” katanya semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof membe­ritahu, pihaknya sudah me­rakam keterangan seramai enam saksi termasuk jiran mangsa bagi membantu siasatan kes tersebut.

Semalam telah dilaporkan seorang lelaki ditemui mati de­ngan kesan luka pada rusuk kanan dipercayai akibat ditikam di sebuah apartmen di Taman Bukit Delima pada Ahad lalu.

Sebelum itu, mangsa dikatakan bergaduh dengan seorang wanita yang juga suspek.

Mayat mangsa dijumpai pada pukul 9.30 malam dalam keadaan terlentang di ruang tamu rumah tersebut.

Sebaik tiba di lokasi kejadian, polis mendapati seorang wa­nita dalam keadaan panik dan sedih di dalam rumah tersebut. Suspek direman tujuh hari sehingga 28 November ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber: Kosmo

 

Baca Juga: https: Wanita Bunuh Seorang Lelaki Ditemukan Sedih & Panik Di Sisi Mayat.

Seorang lelaki ditemukan maut dengan kesan luka pada rusuk kanan di sebuah unit apartmen di Taman Bukit Delima, di sini, malam ini, dipercayai akibat pergaduhan dengan seorang wanita.

Mayat lelaki itu ditemukan dalam keadaan terlentang di ruang tamu rumah berkenaan serta terdapat kesan darah di beberapa lokasi di dalam kediaman itu, kira-kira 9.30 malam.

Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, siasatan awal mendapati wanita berkenaan adalah isteri kepada mangsa, namun kesahihannya masih belum dipastikan.

“Kami menerima panggilan daripada pengawal keselamatan di apartmen ini yang memaklumkan terdapat kematian di lokasi sebelum sepasukan anggota bergegas ke tempat kejadian.

“Sebaik tiba, kami menemui mayat lelaki warga tempatan dalam keadaan terlentang dan kesan darah pada lantai. Terdapat seorang wanita berada di lokasi dalam keadaan panik dan kesedihan,” katanya ketika ditemui di lokasi, malam ini.

Nanda memaklumkan, siasatan lanjut pada mayat dan lokasi kejadian mendapati terdapat kesan luka pada rusuk kanan mangsa selain menemui sebilah pisau pemotong sayur dipercayai senjata yang digunakan dalam kejadian ini.

“Siasatan juga mendapati wanita ini adalah warga Vietnam berusia 33 tahun dan dipercayai masuk ke negara ini pada Jun lalu. Bagaimanapun kami akan membuat semakan dengan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

“Daripada maklumat awal yang kami terima daripada orang awam di sekitar lokasi, mereka memaklumkan terdengar pergaduhan antara mangsa dan wanita berkenaan kira-kira 9 malam.

“Pihak kami akan menahan wanita terbabit bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Katanya, polis masih mengesan saksi lain bagi membantu siasatan kejadian ini dan orang awam yang mempunyai maklumat diminta supaya menyalurkannya kepada pihak berkuasa.

Sumber: KMN

Share.

Leave A Reply