Sejak 30 Januari baru-baru ini, seramai 403,637 calon sedang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 sehinggalah 15 Mac nanti, kata Kementerian Pendidikan (KPM).

Seorang pengguna TikTok @dakwanhaojie berkongsi rakaman pendek sebuah kereta peronda polis telah tutup laluan sementara menunggu sebuah lori kontena keluar dari kawasan perkarangan sekolah.

Ramai yang tertanya-tanya apakah ‘muatan berharga’ sehingga pihak polis perlu menjadi juruiring sehingga menutup jalan untuk memberi laluan kepada lori kontena tersebut.

@dakwanhaojie

jangan nekan2 haa pelan2 jaga 🚨

♬ Powerful songs like action movie music – Tansa

Menurut komen-komen yang dikongsikan warganet, mereka memberitahu lori itu membawa kontena yang berisi kertas-kertas SPM pelajar sekolah tersebut.

Menurut netizen mereka turut ternampak lori kontena diiring beberapa kenderaan polis, mereka sangkakan dalam kontena itu mempunyai wang. Setelah menonton video itu barulah tahu rupanya ia berisi dengan kertas-kertas SPM.

“34 tahun aku hidup baru aku tahu pakai lori ye hantar kertas spm, tak pernah nampak,” @Hany Syaz.

“Kertas soalan SPM memang kena escort disebabkan takut berlaku kebocoran,” @saufirahaman90.

“Wah lain macam eh kertas spm sekarang, siap blok jalan tu,” @Kentang.

“Teringat dulu, bila tengok lori masuk dengan polis dah tahu ada kertas exam ni, dulu dekat sekolah riuh betul nak tengok, hahaha,” @eyda_shida213.

“Jadi guard 6 tahun, 6 tahun dah tengok. Debo (nervous) lain macam bila dia sampai. Tahun ni baru semalam sampai, tahun ni lambat sikit,” @Shieda Salim.

Selain teruja mengetahui apa yang ada di dalam kontena itu, netizen juga mengambil kesempatan mengucapkan selamat maju jaya dan diberikan ketenangan sepanjang mereka menghadapi ujian peperiksaan itu.

Sumber: The Vocket

Baca Juga: “Itu Pun Nak Bangga Ke?” Berlumba-lumba Tayang Keputusan SPM Semua ‘G’.

Tular trend bangga tayang keputusan SPM walau tak cemerlang di sosial media nampaknya telah mencuri perhatian ramai. Ramai juga yang tidak senang dengan trend tersebut kerana ia mampu mempengaruhi adik-adik lain untuk tidak perlu belajar bersungguh-sungguh dan dapatkan keputusan cemerlang. Baca seterusnya.

Khamis lalu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2021 sudah pun dikeluarkan. Peperiksaan penting bagi menentukan hala tuju bagi anak-anak muda menyambung pelajaran ini menjadi antara yang mendapat perhatian ramai minggu lalu.

Manakan tidak, dengan beberapa tahun sebelum ini para pelajar berhadapan dengan cabaran pandemik yang mana sekolah ditutup dan pembelajaran di rumah dilaksanakan. Namun semua itu tidak menghalang dari ramai anak muda menerima keputusan cemerlang dalam SPM baru-baru ini.

Biarpun begitu, satu trend bangga tayang keputusan SPM walau tak cemerlang di sosial media nampaknya telah mencuri perhatian ramai. Ramai juga yang tidak senang dengan trend tersebut kerana ia mampu mempengaruhi adik-adik lain untuk tidak perlu belajar bersungguh-sungguh dan dapatkan keputusan cemerlang.

Trend bangga tayang keputusan SPM walau tak cemerlang di TikTok ini membuatkan seorang pengguna di Twitter meluahkan pendapatnya.

Perkongsian semula sesalan ini telah mencuri perhatian warganet yang lain. Di ruangan komen rata-rata netizen tidak bersetuju dengan trend tersebut.

Sumber: KMN

Share.

Leave A Reply