Seorang lelaki sanggup menipu penguat kuasa dengan mendakwa dia merupakan pengusaha kebun buah bagi mengelak identitinya sebagai penuntut sebuah institut pengajian tinggi (IPT) terbongkar selepas dicekup berkhalwat, di sini, malam semalam.

Pasangan masing-masing berusia 24 tahun itu dicekup penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dalam satu serbuan di sebuah hotel di pusat bandar Melaka kira-kira pukul 12 tengah malam semalam.

Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Datuk Che Sukri Che Mat berkata, hasil maklumat awam, pasangan itu ditahan selepas gagal mengemukakan sebarang dokumen pernikahan.

“Ketika disoal siasat, lelaki itu cuba berdolak-dalik dengan mendakwa dia bekerja sebagai pengusaha kebun buah di Selangor.

“Namun, selepas menjalankan pemeriksaan lanjut, dia dan pasanganya akhirnya mengakui mereka merupakan pelajar tahun akhir bagi Ijazah Sarjana Muda di sebuah IPT di sini,” katanya dihubungi pemberita di sini, semalam.

Ujarnya, pasangan itu turut memberikan alasan hanya ingin berehat di hotel itu selepas penat berjalan-jalan di pusat beli-belah.

“Bagaimanapun, alasan itu sama sekali tidak logik kerana asrama wanita itu dan rumah sewa pasangannya terletak tidak jauh dari pusat beli-belah dimaksudkan.

“Kedua-dua mereka ditahan dan dibawa ke pejabat JAIM bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekediaman” katanya.

Sumber : Kosmo

 

ARTIKEL LAIN YANG MENARIK UNTUK DIBACA

Lelaki Bagi Alasan Kekasih Itu Adik Beradik Sebelum Dicekup Berkhalwat | 

Sepasang kekasih yang menjadikan hotel bajet di Klebang, dekat sini, sebagai tempat ‘memadu asmara’ dicekup atas kesalahan berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Ahad lalu.

Ketika ditahan dalam pemeriksaan jam 1.55 pagi itu, lelaki berusia 29 tahun bertegang urat dengan pegawai penguat kuasa JAIM apabila mendakwa pasangannya berusia 28 tahun adalah adik kandungnya.

Pengarah JAIM, Datuk Che Sukri Che Mat berkata, terdahulu pasangan itu mengambil masa kira-kira 10 minit untuk membuka pintu bilik ketika diketuk pegawai penguat kuasa untuk pemeriksaan.

“Ketika diminta menjelaskan situasi berdua-duaan dengan seorang wanita, pemuda itu berkali-kali mendakwa pasangannya itu adalah adiknya, namun gagal memberikan sebarang bukti atau dokumen berkaitan.

“Selepas hampir lima minit menjelaskan perkara itu, mereka akhirnya mengaku bukan adik-beradik dan bermalam di situ untuk berehat,” katanya di sini semalam.

Menurut Che Sukri, pasangan itu kemudiannya ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekediaman atau berkurung hingga mendatangkan syak dengan dengan seorang perempuan bukan muhrim.

Katanya, pasangan itu antara 10 pasangan kekasih berusia 19 hingga 56 tahun yang ditahan dalam Operasi Cegah Jenayah Syariah sempena Tahun Baharu Cina di kawasan Simpang Ampat dan Rembia, Alor Gajah, awal pagi Ahad lalu.

“Seksyen 53 enakmen memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM3,000 atau 24 bulan penjara atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.

“Kejayaan operasi ini adalah hasil kerjasama orang awam dan ahli Rakan Setiaku JAIM (RASIM) yang menyalurkan maklumat dan membantu pihak JAIM dalam mengekang aktiviti tidak bermoral dan maksiat,” katanya.

Sehubungan itu pihaknya mengalu-alukan orang ramai untuk menyertai RASEIM dengan mendaftar melalui link https://t.me/RASEIM bagi membantu pencegahan, pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang Syariah di Negeri Melaka secara dalam talian.

Sumber : KMN

Share.

Leave A Reply