Pada hari semalam tular satu rakaman video di mana Exco Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Pembangunan Nasional Terengganu, Hanafiah Mat didakwa mempersenda Menu Rahmah sehingga mengundang kemarahan netizen.
Dalam satu laporan Malaysia Gazette, Hanafiah Mat menafikan dakwaan beliau mempersendakan Menu Rahmah. Beliau yang tampil membuat penjelasan berkata, makanan yang dijamahnya dalam video yang tular hari ini bukanlah menu berkenaan sebagaimana yang didakwa.
“Itu bukan menu Rahmah, saya tak sebut tu menu Rahmah, tangan-tangan jahat ni, orang politik ni yang iri hati terhadap saya yang sangat berjaya sebagai Exco di Terengganu yang sentiasa beri bantuan dan dekat di hati rakyat.
“Pada kejadian itu saya memang makan nasi dengan ikan goreng, ada sayur campur dan ayam, ada dua jenis sayur serta telur. Nasi itu kebetulan tak ada kuah.
Tahukah anda ini adalah Hj Hanafiah Mat, Exco Negeri Terengganu.
Niatnya nak mencela Menu Rahmah tapi tanpa disedari telah mencela rezeki Allah. pic.twitter.com/uuKkppjFA5
— Fakta Bukan Auta (@FaktaBukanAuta) March 3, 2023
“Saya memang orang Terengganu, saya memang tak pernah makan nasi tak ada kuah. Saya gunakan air yang saya minum sebagai kuah dan saya makan nasi tu sampai habis. Ia dilihat beberapa kawan saya. Kawan saya pun dia letak air makan nasi,” katanya.
Dalam pada itu, Hanafiah berkata, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyebarkan fitnah terhadap dirinya.
“Saya akan ambil tindakan peguam terhadap tangan-tangan jahat cuba menjatuhkan reputasi saya sebagai wakil rakyat,” ujar Hanafiah lagi.
Sumber: The Vocket
Baca Juga: Pengasas Kosmetik Didakwa Persenda Dan Permainkan Agama Islam
Agama Islam bukanlah suatu agama yang boleh dipersendakan. Mereka yang mempersendakan agama akan mendapat azab dan balasan yang dahsyat daripada Allah.
Kota Bharu: Polis Kota Bharu mengesahkan menerima laporan mengenai seorang pengasas kosmetik yang didakwa mempersenda dan mempermainkan agama Islam. Usahawan itu dikatakan mengeluarkan kenyataan ‘tidak suka sembahyang dan semua orang tidak sembahyang pada tahun 2021’ menerusi satu rakaman video yang tular sejak semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, laporan polis dibuat oleh seorang lelaki berusia 52 tahun dari Jalan Salor, di sini pada jam 10.25 pagi Ahad.
Katanya, sebelum membuat laporan, lelaki berkenaan melihat rakaman itu selepas dikongsi di aplikasi kumpulan WhatsApp pada jam 8 malam.
“Tindakan suspek dianggap mempersendakan dan mempermainkan agama Islam yang boleh menimbulkan kemarahan dalam kalangan masyarakat,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.
Selain itu katanya, berdasarkan semakan terhadap rakaman video berdurasi 33 saat memaparkan percakapan suspek seolah-olah mempersendakan solat dan bacaan surah Yasin.
“Kes disiasat mengikut seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.
Media melaporkan, suspek sebelum ini kerap mencetuskan kontroversi antaranya membuka seluar hingga menampakkan kemaluan menerusi rakaman di laman sosial ketika menjual produknya malah pernah dituduh di Mahkamah Majistret Kota Bharu berkait kes membelasah dan mencabul seorang wanita lima tahun lalu.
Sumber: KMN