Seorang suri rumah berdepan detik cemas apabila cermin hadapan keretanya pecah selepas dibaling batu oleh individu tidak bertanggungjawab di Jalan Mempaga, dekat Lurah Bilut pada Ahad.
Nurcahaya Jaafar, 35, berkata, dalam kejadian kira-kira jam 8.50 malam itu, dia sedang memandu kereta jenis Perodua Viva bersama suami serta dua anaknya berusia enam tahun dan tujuh bulan.
Menurutnya, mereka dalam perjalanan pulang ke rumah di Mempaga selepas berbuka puasa di rumah keluarganya di Rancangan Tanah Pemuda (RTP) Lebu.
“Memang situ semua laluan gelap dan ketika dalam perjalanan pulang saya ternampak banyak ketulan batu-batu putih di tengah jalan.
Tambah Nurcahaya lagi, walaupun ketakutan, dia meneruskan perjalanan dan segera membuat panggilan kepada ahli keluarga lain sebaik tiba di rumah.
“Bila mereka ke lokasi kejadian, memang jumpa banyak batu tapi tak jumpa pelaku.
“Memang menangis dan meraung dibuatnya malah anak yang di bahagian penumpang depan trauma, terbawa-bawa dalam mimpi tak nak pergi sekolah.
“Walaupun sedih sebab kereta rosak, lagi-lagi nak raya tapi saya bersyukur kerana tidak melibatkan sebarang kecederaan,” jelas wanita itu.
Berkongsi pengalaman mencemaskan di laman sosial Facebook, Kami Penduduk Bentong (Official), dia memberitahu ramai mangsa telah berkongsi insiden tersebut di lokasi sama.
Dia juga berharap pihak berkuasa segera bertindak dan menangkap pelaku tidak bertanggungjawab tersebut supaya tiada lagi yang menjadi mangsa dan berdepan pengalaman mencemaskan sepertinya lagi.
Sumber : SH
ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA
Budak Lelaki 9 Tahun Hampir Buta Sebelah Mata Akibat Main Mercun Buatan Sendiri
Pelajar Tahun 3 menjadi mangsa pertama kes mercun di Terengganu tahun ini.
Ahmad Adi Ikhwan Mohd Noor, 9 tahun, dari Kampung Batu Rakit, Kuala Nerus , Terengganu, hampir buta mata sebelah kanan akibat terkena letupan mercun buatan sendiri.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.45 malam Selasa, mangsa dikatakan sedang melihat rakan-rakan memasukkan belerang mercun bola ke dalam botol plastik.
Dia bagaimanapun tidak menyangka mercun terbabit tiba-tiba meletup menyebabkan serpihan botol terkena mata kanan mangsa.
Ahmad Adi dikatakan bermain mercun di hadapan surau bersama 10 rakannya yang lain.
Ayah mangsa, Mohd Noor Tahir berkata, ketika kejadian dia sedang mengerjakan solat Tarawih dan bergegas pulang ke rumah sebaik dimaklumkan kejadian itu.
Mangsa yang dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu menjalani pembedahan selama 8 jam pagi semalam .
Sementara itu tiga rakan mangsa berusia 8 hingga 14 tahun turut dimasukkan ke hospital kerana kecederaan di tangan dan perut dan sudah dibenarkan pulang ke rumah .
Sumber : KMN