Resepi Orange Mint Ice Tea | Hai assalamualaikum, hari ini kami nak kongsikan resepi air yang masam dan menyegarkan tekak. Resepi air ni daripada khairulaming iaitu, Resepi Orange Mint Ice Tea. Apa-apa pun jom lihat bahan-bahan buat air ni.
Bahan-bahan:
- 3 biji oren (3 oranges)
- Daun pudina (mint leaves)
- Teh O (Sweetened tea)
- Ais Batu
Cara-cara Buat Orange Mint Ice Tea:
- Basuh 3 biji oren dan kemudian potong buah-buah oren tersebut.
- Perah jus-jus oren ke dalam mangkuk.
- Kemudian ambil bekas air yang sesuai, dan masukkan daun pudina.
- Lenyekkan sedikit daun pudina tersebut.
- Kemudiakan masukkan ais batu.
- Setelah itu tuangkan air teh O.
- Kemudian masukkan jus oren yang diperah tadi.
- Kacau air tersebut hingga sekata.
Okay siap pun resepi air ni. Resepi ni buatkan kami teringat pula pada air ice lemon tea. Umm, sedapnya. Okay la kami ucapkan selamat mencuba dan menjamu tekak. Kami sediakan video resepi untuk korang yang tidak tahu nak mula dari mana. Selamat menonton.
Video Cara Buat Resepi Orange Mint Ice Tea:
View this post on Instagram
Kredit: Instagram khairulaming