Resepi Bandung Soda Float | Hai assalamulaikum, hari ni kami teringin pula nak minum air bandung. Jadi kami pun belek la resepi khairulaming dan terjumpa resepi ni iaitu, Resepi Bandung Soda Float. Fuhh! Bandung dia bukan beshe-beshe. Boleh buat kami terliur dengan hanya melihat sahaja. Apatah lagi setelah diminum mesti terangkat kan. Jadi apa-apa pun jom lihat bahan-bahan buat resepi air ni.
Bahan-bahan:
- 2-3 sudu sirap Rose (2-3 tbsp Rose syrup)
- 750ml aiskrim soda (750ml ice cream soda)
- Aiskrim Vanila (Vanilla ice cream)
- 1/2 tin susu cair (1/2 can evaporated milk)
- Ais batu
Cara-Cara Buat Bandung Soda Float:
- Ambil bekas cawan yang sesuai.
- Kemudian masukkan ais batu hingga penuh cawan.
- Setelah itu titiskan 2 hingga 3 sudu sirap Rose.
- Setelah itu tuangkan 750 ml atau setengah botol besar air aiskrim soda.
- Kacau bahan-bahan tadi hingga sekata.
- Setelah itu, letakkan ais krim vanilla di atas air tadi,
- Masukkan ½ tin susu cair/sejat dan kacau air bandung tersebut.
Okay siap pun air bandung soda float ni. Dah la mudah, sedap pula tu. Selamat mencuba dan menjamu selera. Dibawah kami ada sediakan video resepi ni untuk korang, selamat menonton.
Video Cara Buat Resepi Air Bandung Soda Float:
View this post on Instagram
Kredit: Instagram khairulaming