Resepi Masakan Nasi Goreng Kimchi

| January 28, 2020 | 0 Comments

Resepi Masakan Nasi Goreng Kimchi| Assalamualaikum. Anda teringin nak makan nasi goreng yang rasanya ala-ala Korea, haa Nasi Goreng Kimchi adalah jawapannya. Hi hi hi. Kepada para ibu-ibu yang teringin nak cuba masakan nasi goreng yang rasa ala-ala korea tu, apakata cuba buat resepi masakan Nasi Goreng Kimchi ni, anda boleh tengok resepi masakan daripada khairulaming di bawah.

Bahan-bahan Buat Nasi Goreng Kimchi:

  • 100g daging
  • 3 ulas bawnag putih (ditumbuk)
  • 1 cawan kimchi
  • Garam
  • 2 sudu Gochujang
  • 1 mangkuk nasi
  • ¼ cawan jus Kimchi
  • 1 sudu kecil minyak bijan
  • Daun bawang

Bahan-bahan Topping:

  • 1 biji telur
  • Rumpai laut
  • Daun bawang

Cara-cara Masak Nasi Goreng Kimchi:

  1. Panaskan minyak dalam kuali terlebih dahulu
  2. Kemudian, gorengkan 100g daging yang telah di potong dadu. Goreng sehingga daging masak.
  3. Masukkan 3 ulas bawang putih yang telah ditumbuk, serta 1 cawan kimchi. kacau rata bahan-bahan tersebut
  4. Taburkan garam secukup rasa dan kacau lagi.
  5. Kemudian, masukkan 2 sudu Gochujang dan semangkuk nasi. Kacau sehingga rata.
  6. Kemudian, tuangkan lebihan jus kimchi ke dalam nasi goreng.
  7. Masukkan 1 sudu kecil minyak bijan
  8. Taburkan pula daun bawang yang telah di potong kecil.
  9. Kacau nasi sehingga rata dan masak.
  10. Daa siap, hidangkan atas pinggan dan tambahkan bahan-bahan toping atas nasi goreng seperti telur yang telah di goreng, rumpai laut dan daun bawang.
  11. Okk siap untuk di makan.

Wahhh! Tak susah mana pun nak buat resepi masakan Nasi Goreng Kimchi ni kan? Sangat mudah dan cepat. Boleh lah kepada ibu-ibu yang di luar sana untuk buat kelainan sikit dengan resepi nasi goreng anda dengan cara memasak nasi goreng yang ala-ala Korea ni. Pasti anak-anak pun suka. Kepada anda yang tak tahu macam mana langkah-langkah nak buat tu, anda boleh tengok video masakan daripada khairulaming di bawah ni. Selamat mencuba.

Video Masakan:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khairulaming (@khairulaming) on

Kredit : Instagram khairulaming

Tags: , , , ,

Category: RESEPI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *