Resepi Ubi Kentang Tornado | Hai assalamualaikum, kepada ibu-ibu diluar sana dah ada resepi snek untuk anak-anak? Kalau belum bolehlah cuba resepi yang kami nak kongsikan ni. Dah lah murah mudah pula tu, anak-anak pasti suka. tak perlu dah beli nugget ayam yang mahal tu untuk dibuatkan snek. Resepi yang kami nak kongsikan daripada khairulaming iaitu, Resepi Ubi Kentang Tornado. Okay jom lihat bahan-bahan buat resepi ini.

Bahan-Bahan:

  • 3 biji ubi kentang (3 potatoes)
  • Lidi satay (bamboo skewers)
  • 1 cawan tepung beras (1 cup rice flour)
  • Garam (salt)
  • Lada hitam (black pepper)
  • 1/2 cawan air (1/2 cup water)

Cara-Cara Buat Resepi Ubi Kentang Tornado:

  1. Cuci 3 biji ubi kentsng terlebih dahulu.
  2. Setelah itu cucuk ubi kentang dengan lidi satay di tengah-tengah.
  3. Potong ubi kentang tersebut secara serong ikut arah lawan jam.
  4. Selepas siap dipotong tarik secara memanjang ubi kentang tersebut.
  5. Ulang langkah 2 hingga 4 untuk ubi kentang seterusnya.
  6. Untuk adunan, ambil mangkuk dan masukkan 1 cawan tepung beras.
  7. Masukkan sedikit garam dan lada hitam
  8. Kemudian masukkan 1/2 cawan air.
  9. Kacau adunan tersebut.
  10. Setelah itu, salut ubi kentang tadi dengan adunan.
  11. Kemudian goreng dengan minyak penuh.
  12. Pusing ubi kentang hingga garing keseluruhan permukaan ubi kentang.

Okay siap pun resepi ni. Mudah sahaja buat Ubi Kentang Tornado ni, cuma perlukan kesabaran yang lebih untuk potong ubi kentang ini. Ibu-ibu diluar sana mesti sanggup korbankan masa untuk anak-anak bukan? Okaylah selamat mencuba dan menjamu selera. Kami sediakan video untuk anda lihat cara betul potong ubi kentang Tornado ni.

Video Cara Buat Resepi Ubi Kentang Tornado:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khairulaming (@khairulaming) on

Kredit: Instagram khairulaming 

 

Share.

Leave A Reply