(Ada Video) Isu Tidak Memakai Pelitup Muka. Ini Jawapan ‘Karen Dior’ Buat Ramai Marah | Video mengenai seorang wanita asing yang dikenali sebagai ‘Karen‘ kerana membuat kecoh di hadapan sebuah butik tular di media sosial selepas dia dilarang memasukinya akibat tidak memakai pelitup muka, baru-baru ini.

(Ada Video) Isu Tidak Memakai Pelitup Muka. Ini Jawapan 'Karen Dior' Buat Ramai Marah

https://twitter.com/117WeThePeople/status/1456787452748763136?s=20

Namun selepas keadaan semaki reda, wanita tersebut telah bertindak memuat naik satu video di laman Twitter @117WeThePeople dan bercakap mengenai kebebasan dan hak untuk membuat pilihan.

Menerusi video tersebut, pada awalnya dia telah memperkenalkan dirinya sebagai ‘Karen Dior’, dari Manchester ke Malaysia dengan aman dan cinta sejak 20 tahun lepas. Dia turut menyatakan bahawa negara ini merupakan ‘jiwanya’ serta anak-anaknya.

Tambahnya lagi menerusi video terbabit, banyak negara sudah menarik semula arahan memakai pelitup muka serta dia turut ‘kepilkan’ bersama pautan di tweet video terbabit dan membaca artikel yang diberikan untuk menyatakan pendapat masng-masing.

Video tersebut telahpun mendapat 153.8k tontonan serta ribuan perkongsian dari warga twitter yang rata-ratanya tidak bersetuju dengan pendapat yang diberikan oleh ‘Karen Dior’ terbabit.

Bahkan dilaporkan juga selebriti tempatan, Diana Danielle turut sama menulis komen pada video tersebut.

Beliau menyatakan bahawa ‘Karen Dior’ tersebut boleh pergi ke negara lain dimana tidak menggunakan undang-undang ini, tetapi di negara ini (Malaysia) menjaga kesihatan satu sama lain adalah lebih penting daripada ‘keperluan’ individu.

Sambungnya lagi, akibat dari tidak memakai pelitup muka tersebut menyebabkan ia boleh berjangkit kepada orang lain selain menyifatkan akibat daripada kebebasan tersebut, banyak negara di Eropah kini bergelut dengan peningkatan kes Covid-19.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya dalam satu kenyataan berkata wanita warga asing tersebut dikenakan dua kompaun masing-masing berjumlah RM1,500.

Kompaun itu dikeluarkan di bawah Peraturan 17 (1) Peraturan- Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah- Langkah Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021 bagi kedua-dua kesalahan.

Sumber: Twitter

Share.

Leave A Reply