(Ada Video) Kebakaran Besar Menjadi Punca Asap Tebal Selubungi KL. | PETALING JAYA: Sebuah kedai menjual alat ganti kereta terpakai di Taman Segambut, ibu negara, musnah dalam kebakaran petang tadi.

(Ada Video) Kebakaran Besar Menjadi Punca Asap Tebal Selubungi KL.

Kepulan asap tebal menyelubungi ruang udara Kuala Lumpur akibat kebakaran yang berlaku ketika jalan raya sesak dengan kenderaan warga kota yang pulang selepas waktu kerja.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, ia menerima panggilan kecemasan pada 5.50 petang tadi.

Susulan itu, katanya, 83 anggota daripada pelbagai pasukan, termasuk dari lapan balai bomba Taman Tun Dr Ismail, Wangsa Maju, Jinjang, Sri Hartamas, Hang Tuah, Titiwangsa, Sentul dan Seputeh dikejarkan ke tempat kejadian.

Komander Operasi, Muhamad Ridhwan Kamarulzaman berkata, premis berkeluasan 40×100 kaki di Jalan Kampung Pasir itu terbakar hampir 90% dan tiada mangsa dilaporkan cedera setakat ini.

“Kerja-kerja pemadaman sedang dilakukan,” katanya dalam kenyataan.

Menurut penjawat awam, Salmi Said, kepulan asap tebal itu boleh dilihat dari Sentul.

Sumber: FMT

Share.

Leave A Reply