(Ada Video) Kenduri Tahlil Arwah Boleh Ke Tidak Sebenarnya? | Khalifah Media Network – Menurut Kamus Dewan, kenduri arwah diertikan sebagai satu kenduri untuk memperingati ( mendoakan ) orang yang telah meninggal dunia.
Menurut pemahaman masyarakat Melayu kita pula, ia merupakan himpunan zikir yang terkandung di antaranya surah-surah pilihan,ayat-ayat pilihan, solawat ke atas Nabi, tahlil ( لا إله إلا الله ), dan lain-lain lagi dan di akhiri dengan doa kepada si mati.
Dalam huraian di atas, dapat kita fahami dan simpulkan bahawa tahlil bukan sahaja dalam konteks mengucap kalimah لا إله إلا الله. Namun juga membaca surah-surah pilihan, ayat-ayat pilihan, dan lain-lain lagi dari kalimah toyyibah. Seterusnya didoakan kepada Allah untuk si mati agar dirahmati dan diberi segala kebaikan.
Seperti yang kita sedia maklum, apabila berlaku kematian di dalam masyarakat Melayu kita. Keluarga si mati akan melakukan kenduri ( kenduri arwah ). Yang mana sebelum jamuan dihidangkan bacaan tahlil akan dibacakan oleh jemaah yang hadir.
Jadi, apakah hukum membaca tahlil dan melakukan kenduri arwah? adakah dibolehkah? Ikuti kupasan mengenai isu ini melalui video di bawah.
Kena Kahwin Dulu Baru Rezeki Masuk Menderu | Khalifah Media Network – Perkahwinan menutup pintu-pintu kemaksiatan. Dengan itu, pintu keberkatan dan limpahan rahmat akan terbuka dengan luasnya. Hal ini kerana, bernikah itu adalah di kalangan mereka yang telah melaksanakan satu sunnah Nabi s.a.w. sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud,
“Nikah itu sunnahku, barang siapa yang tidak suka dengan sunnahku, maka dia bukan golonganku!” – HR. Ibnu Majah dan Aisyah r.ha.
Realitinya hari ini, yang muda takut nak berkahwin, khuatir tidak mampu menyara anak dara orang.
Baca selanjutnya Di Sini…