(Ada Video) Uwais Al Qarni. Pemuda Terkenal Di Langit | Khalifah Media Network – Tahukah anda mengenai satu kisah seorang pemuda yang sering disebut-sebut namanya oleh Rasullulah SAW? Beliau merupakan Uwais Al-Qarni. Rasullulah SAW pernah berpesan kepada Saidina Umar ra dan Saidina Ali ra bahawa akan lahir di kalangan tabiin seorang yang sangat makbul doa yang akan lahir di zaman kamu (zaman selepas kewafatan Rasullulah saw).

(Ada Video) Uwais Al Qarni. Pemuda Terkenal Di Langit

Tujuan Rasullulah saw menyuruh Saidina Umar ra dan Saidina Ali ra mencari Uwais al-Qarni. Tidak lain ialah meminta Uwais al-Qarni berdoa kepada Allah supaya mengampunkan dosa-dosa sahabat (Saidina Umar ra dan Saidina Ali ra).

Menurut hadis Rasullulah S.A.W yang bermaksud, “Nanti akan datang kepada kamu seseorang bernama Uwais bin ‘Amir bersama serombongan pasukan dari Yaman. Dia berasal dari Murad, dari Qaran. Menghidap penyakit kulit, kemudian dia sembuh daripadanya kecuali sebesar satu dirham. Dia memiliki seorang ibu dan sangat berbakti kepadanya. Sekiranya dia bersumpah kepada Allah, maka akan diperkenankan yang dia pinta. Jika kamu mampu agar dia memohon pada Allah keampunan bagimu, maka lakukanlah.” (Hadis Riwayat Muslim, 2542) 

Ikuti video di bawah bagi kupasan selanjutnya mengenai keistimewaan pemuda yang bernama Uwais Al-Qarni ini. Ketahuimengapakah Rasullulah SAW meminta sahabat mencari dan meminta doa darinya..

 

Tanda Besar Hari Kiamat . Bencana Asap Ad Dukhan | Khalifah Media Network – Umat Islam harus mengetahui tanda-tanda kiamat akhir zaman kerana ia merupakan suatu peristiwa paling menakutkan bagi seluruh makhluk hidup di alam semesta. Hal ini demikian kerana, seluruh alam semesta beserta isinya akan hancur lebur tanpa sisa ketika kiamat tiba sehinggakan tiada lagi kehidupan di alam semesta.

 

Baca selanjutnya Di Sini

Share.

Leave A Reply