Aku, Dia Dan Harapan

| July 5, 2020 | 0 Comments

Aku, Dia Dan Harapan |  Aku perempuan berumur lewat 20an. Dalam entry ni aku nak cerita kisah aku, dia dan harapan. Ya, harapan yang tidak kesampaian. Mungkin belum masanya atau Allah ada perancangan yang lebih baik dari apa yang aku inginkan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.

Kisah aku bermula apabila aku mula merasa sunyi dan kosong sebab rutin
harian aku yang agak membosankan tambah lagi aku seorang introvert.
Kawan sebaya aku memang ramai sudah mendirikan rumah tangga dan ramai
juga yang dalam perancangan mendirikan rumah tangga.

Aku macam biasalah, partner pun takda, nak plan kahwin macam mana. Well,
aku mengaku yang aku tak pernah bercinta selama aku hidup wey.

Okay fine. Tambah lagi, aku dah mula rasa bosan dengan environment
pejabat aku. Entahlah, aku bersyukur dengan nikmat Allah bagi tapi aku
rasa tak berkembang and aku perlukan environment yang baru untuk aku
refresh kerjaya aku.

Bermacam company aku interview tapi belum ada rezeki aku. Dari sini aku
decide untuk sambung pengajian mode part time.

Aku fikir, at least aku ada achieve something sambil menunggu peluang
kerja yang lagi baik dari sekarang. Kebetulan, ada rakan sekerja aku
yang juga menyambung pengajian mode yang sama. Dalam kata lain, dia jadi
inspirasi awal aku untuk move forward. Aku banyak rujuk dia dalam segala
hal.

Nak di jadikan cerita, entah macam mana hati aku mula tertarik dengan
sikap dia. Ya, dia banyak kekurangan. Nobody’s perfect.

Tapi aku lihat dia dari sudut yang berbeza iaitu dari aspek agama,
kepimpinan dan kualiti identiti. Entah, aku rasa dia ada something yang
buat aku tertarik dan rasa selamat bila ada dengan dia.

Pernah masa aku solat maghrib dekat surau fakulti, masa aku tengah baca
doa, aku terdengar suara familiar yang imamkan solat.

Then aku tengok, dia yang imamkan colleges yang lain. Masa tu aku tunggu
sampailah dia habis baca doa and buat aku lagi yakin yang dia memang
boleh bimbing aku. Sounds cliche kan? Tapi itu hakikat.

Aku tak nafikan, dia satu satunya orang yang selalu tanya hal
pembelajaran aku selepas mak aku. Aku rasa effort aku dihargai bila ada
dengan dia. Oh ada lagi moment yang bila aku ingat, aku akan senyum
sendiri. Masa birthday aku yang ke 27th and masa dia ajar aku makan sushi.

Tapi semuanya berubah bila aku tahu dia sudah berpunya dan telah mula
merisik someone.

Sepanjang jarak masa dari hari tersebut sehingga ke hari dia sendiri
memberitahu aku yang dia nak bernikah, hati aku tak pernah rasa bahagia
sebab bagi aku semuanya seakan berakhir. Memang dari awal aku ambil
langkah drastik untuk ignore dan move on la kononnya.

Layanan aku terhadap dia sangat teruk sebab aku tahu dia akan kahwin
tahun ni. Dalam fikiran aku dah set yang aku kena jauhkan diri aku dari dia.

Aku slowly independent especially dalam study and aku survived. Tapi ada
benda yang aku silap. Ignoring aku takda effect dekat dia wey. Dia still
tanya khabar aku, study aku walaupun dia pernah kecil hati dengan
tindakan aku. Aku sendiri keliru dengan tindakan aku.

Aku jadi heartless. Tipu la kalau aku kata aku tak sedih. Hati ni milik
Allah dan hanya dia sahaja yang tahu. Aku mula belajar independent dalam
urusan belajar and ada je masa yang aku rasa helpless sebab ini
pengalaman aku yang pertama berada di IPTA tersebut. Tapi aku beranikan
diri.

Setiap kali aku rasa helpless, aku mesti teringat dia sebab dulu aku
selalu minta bantuan dia and dialah tempat aku mengadu bila aku ada
masalah dalam belajar.

Amir (bukan nama sebenar) iaitu classmate aku muncul dalam waktu yang
sama! Amir pandai melayan imaginasi dan lawak hambar aku. Tapi Amir
takkan pernah sama macam dia.

Maybe Amir pandai hiburkan aku, tapi Amir tak faham aku. And Amir dah
ada someone tapi dia kata belum ready nak kahwin. Then baru baru ni Amir
bagitahu dia pun bakal berkahwin tahun ni.

Mula2 tu aku sedih la jugak. Yela lepas ni dah takda orang nak layan
lawak hambar aku. Tapi bagus la Amir dah nak kahwin, at least ada yang
jaga makan minum dia sebab everytime class malam mesti dia lapar, lapar,
lapar. Hahaa

Berbalik kepada cerita aku dan dia. Semua ni berlarutan sampailah satu
hari dia sendiri menjemput aku ke majlis nikah dia. Masa tu aku jadi
speechless, aku rasa marah dengan dia.

Malah pada hari yang sama dia bagitahu urusan nikah dia, aku hampir
excident dengan lori. Sebab apa? Sebab aku terlalu sedih dan lebih
malang lagi masa tu aku seorang sahaja. Ya, seorang.

Aku ada cuba contact kawan baik aku, tapi yelah kan maybe masing2 busy
dengan kerja, aku pun faham situasi mereka. Keadaan aku masa tu mula tak
terurus. Air mata boleh jatuh anytime je beb. Aku jadi murung.

Sejak dari itu, aku decide untuk hadap benda ni sorang sorang sebab aku
rasa aku sendiri kena akhiri semua ini. Sebab melibatkan perasaan aku
sendiri dan hanya aku yang faham.

Within this time, aku mula pertikai semua benda. Kenapa jadi dekat aku?
Kenapa aku? Kenapa aku still takda rezeki job lain? Jahat sangat ke aku
ni? Soalan ni memang terbuku dalam hati aku everytime aku sedih.

Jahilkan aku masa ni. Aku pertikai takdir Allah. Masa ni aku selalu
menangis depan cermin and sambil kesat air kata aku akan kata dekat diri
sendiri ‘you will be okay, don’t worry’. Masa ni aku rasa diri aku
sangat menyedihkan.

Then setiap malam before tidur, aku cuba pujuk diri fikir rasional dan
aku salahkan diri aku sebab aku gagal buang perasaan ni dari dulu lagi.
Dia tak bersalah langsung malah dia baik dan masih anggap aku sebagai
kawan dia.

Semua yang jadi ni ujian untuk aku. Setiap saat bila aku teringat dia,
aku akan paksa diri aku untuk fikir positif. Allah hadirkan dia dalam
hidup aku sebagai platform untuk aku mula melangkah ke depan dengan
mencapai cita-cita aku untuk sambung belajar.

Mungkin kalau dia takda, aku masih di takuk lama. Aku rasa berdosa bila
pertikai takdir Allah hanya disebabkan kecewa dengan seorang lelaki.

Padahal, pengakhiran aku nanti adalah kem4tian dan amalan aku sahaja
yang akan menemani aku. Everytime aku down, aku akan pujuk diri sendiri
dengan ayat ‘Allah lagi tahu apa yang terbaik untuk kau, sabarlah selagi
mampu’.

Lepas tu, aku terfikir yang InshaAllah aku boleh bimbing diri sendiri
untuk jadi better person. And the best part is aku rasa dia buat semua
tu sebab dia anggap aku kawan baik dia je tapi aku yang overthinking.
Yela kan orang tak pernah bercinta mana lah tahu itu semua. That’s my
fault lah kan.

Kini aku fully independent dalam segala hal belajar mahupun dalam aspek
yang lain. Alhamdulillah semester depan merupakan semester terakhir aku
InshaAllah.

5 hari sebelum dia nikah, aku hadiahkan dia Al Quran kesayangan aku. Al
Quran wakaf dari Makkah yang aku dapat semasa buat umrah. Aku beri dia
sebab bagi aku tiang perkahwinan adalah agama.

Masa aku nak bagi dia Quran tu, aku sebenarnya nak have a last
conversation dengan dia, nnt dia dah kahwin aku takkan ada conversation
dengan dia dah. Tapi waktu tu aku macam tak terkata. Takpa la, janji aku
dah tunaikan niat aku.

Dia tak ditakdirkan untuk bimbing aku, tapi dia masih ada isteri yang
ditakdirkan untuk dia bimbing ke syurga. Walaupun harapan aku tidak
kesampaian, tapi aku nak tengok dia tunaikan harapan aku walaupun kepada
perempuan lain, iaitu isteri dia. Semoga dia berbahagia dan jadi suami
yang soleh.

Nasihat aku pada perempuan di luar sana, ignore bukan satu langkah yang
bijak sebab kau takkan dapat menyelesaikan masalah malah hati kau
sendiri yang akan terluka.

At the end of the day, belum tentu pun kau dapat fully move on. Silap
aku sebab ignore dia. Kalau aku tak ignore dia, mesti sekarang aku dapat
gembira untuk dia dan mungkin juga aku terima pelawaan dia untuk pergi
ke majlis akad nikah dia.

Kalau difikirkan budi dia, memang takkan terbalas. Dan letakkan hati
100% pada Allah. Ye, aku gagal untuk meletakkan 100% hati aku pada Allah
sebab aku lalai sehingga mempertikai aturan Allah.

Kisah aku ini aku tulis malam sebelum dia bernikah. Perasaan aku waktu
ni sedih campur pasrah. Moga ada yang lebih baik menanti aku di hadapan.
Insha Allah.
Selamat Pengantin Baru S.

– Si Daisy Lover (Bukan nama sebenar)

 

Kredit: IIUM Confessions

Tags: , , ,

Category: KELUARGA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *