Kisah Didekati Oleh Jin. Seram!  |Kisahnya bermula bila Siti Aisyah(bukan nama sebenar)masuk sekolah berasrama..masa tu baru tingkatan 1 umurpun baru 13 tahun..ada beberapa bulan sesi persekolahan..tiba2 Siti Aisyah pengsan..pada mulanya keluarganya ingat hanya pengsan biasa..mungkin demam,mungkin kurang sihat,mungkin pening kepala..sehingga menyebabkan pengsan..sehingga berlakulah kerap kali pengsan di sekolah..keluarganya langsung tidak memikirkan adanya unsur mistik seperti gangguan jin hanya berfikir positif sahaja..berfikir hanya sakit biasa sahaja..

JIN

MULA BERUBAH SIKAP

Siti Aisyah mula berubah sikap dari pendiam menjadi cepat agresif..suka merajuk,suka memendam perasaan,pendendam,pemarah,sukar menerima teguran..

Sikap dia berubah menyebabkan dia hilang rasa takut dengan sesiapa pun. Seperti di ceritakan abangnya kepada saya..adiknya suka mandi seorang diri setiap jam 3 pagi di sekolah. Dia pernah di ambil tindakan disiplin sebab bergaduh di sekolah..sesiapa sahaja yang ganggu dia..pasti dia akan lawan sehingga menyebabkan pergaduhan.

Menurut keluarganya pernah juga panggil ustaz ruqyah lain untuk merawatnya. Ternyata ada gangguan jin kerana melihat keadaannya bila diruqyah dalam keadaan meracau2.

Barulah keluarganya sedar bahawa Siti Aisyah berubah sikap di sebabkan gangguan jin. Dalam jangka masa yang lama juga Siti Aisyah dah sihat dari gangguan jin.

Masa tu umurnya baru 13 tahun..sehinggalah umurnya hari ini masuk 15 tahun dan mula lagi pengsan. Perubahan sikapnya masih seperti dulu..setiap kali lepas asar. Sikapnya suka marah2..pandangan matanya tajam.

BAPA SAUDARA RUQYAH

Maka disinilah bermula bapa saudaranya call saya. Minta saya aturkan masa untuk meruqyah anak saudaranya..walaupun pada mulanya ada berbagai halangan..tetap juga Allah permudahkan.

Sehinggalah hari pertama saya meruqyahnya sebelah pagi..seperti biasa..saya suruh dia pejamkan mata,fokus,bagi tumpuan apa yang saya baca.

Sambil dia istighfar dalam hati moga Allah ampunkan dosa kerana dikhuatiri dosa jadi penghalang kesembuhan..

Doa dalam hati mohon Allah bagi kesembuhan dari apa segala penyakit mahupun gangguan jin atau sihir..seperti biasa saya meruqyah akan baca doa2 Nabi.

Selesai baru saya baca ayat2 quran..dari mata dia pejam..terus dia buka mata dalam pandangan tajam ke arah saya..sambil saya baca ayat2 ruqyah.

Jin dalam badan Siti Aisyah pun ketawa sombong..sambil jelingan tajam matanya kearah saya..lepas tu dia menangis dan terus rebah pengsan..

Saya masih meneruskan bacaan ayat2 ruqyah..saya tahu jin tersebut masih dalam badan Siti Aisyah tengah cari tempat bersembunyi.

Ayat2 ruqyah terus dibaca baru jin dalam badannya beriaksi semula. Maka disitulah saya mengambil kesempatan untuk berdialog dengan jin tersebut untuk mengetahui apa tujuannya mengganggu Siti Aisyah.

Jin tersebut mengaku dirinya lelaki yang berusia 1200 tahun..tidak mempunyai agama. Mula merasuk Siti Aisyah di sekolah masa umurnya baru 13 tahun.

Kerana dah jatuh cinta kerana katanya dia suka lihat Siti Aisyah suka marah2..suka merajuk..bila dirasuk sikapnya semakin pemarah dan semakin kuat merajuk..saya masih meneruskan bacaan ayat2 ruqyah.

DIALOG DIANTARA JIN

Lalu saya dialog lagi dengan jin tersebut..beri nasihat dan dakwah..tawarkan dia islam..tapi dia tetap berdegil tak mahu masuk islam..saya kata tidak mengapa tak nak masuk islam..sebab tidak ada paksaan dalam islam..saya minta kamu keluar dari badan Siti Aisyah namun dia tetap berdegil tidak mahu meninggalkan badannya sebab katanya dia dah lama dalam badan Siti Aisyah..katanya dah suka..dah sayang..dah cinta..saya kata dia tak suka kamu..dia tak sayang kamu..sebab itu dia mahu berubat dengan saya untuk keluarkan kamu..keluarga dia pun tak suka kamu..cepat kamu keluar..kamu pergi jauh dari sini..sehingga jin tersebut meraong kesakitan bila di baca ayat2 ruqyah tanpa henti..mula2 masih berdegil tak nak keluar..akhirnya dia mengalah dan katanya aku akan keluar ikut arah kaki dia..!

Terus Siti Aisyah tersedar dari rasukan jin..bagi saya berdasarkan pengalaman jenis  jatuh cinta ini dia akan datang lagi dan akan datang lagi..pada waktu petang saya meruqyahnya lagi untuk kali kedua..sebab nak pastikan lagi jin itu betul2 keluar atau datang lagi..ternyata anggapan saya benar..jin tersebut datang lagi..kerana setelah di ruqyah ada riaksi gangguan jin seperti sebelumnya..masih jin yang sama datang..kali ini agak agresif..akhirnya jin ini keluar lagi dari badan Siti Aisyah..Siti Aisyah pun sedar seperti biasa..pada sebelah malamnya iaitu ruqyah kali ketiga..kerana saya masih tetap dapat rasakan jin jatuh cinta ini akan datang lagi..ruqyah kali ketiga ini Siti Aisyah tak nak berubat ruqyah..tetap dia berdegil tidak mahu berubat ruqyah..kerana bisikan jin kepadanya..

BAPA PUJUK BERUBAT

Bapanya pujuk berubat ruqyah..dia tak nak tetap berdegil..bila mak saudara serta bapa saudara pujuknya supaya berubat ruqyah akhirnya dia mahu berubat ruqyah untuk kali ke tiga..setelah di ruqyah muncul lagi gangguan jin yang sama dalam dirinya..juga mengambil masa bila meruqyahnya..tetap juga saya bersabar..saya kata dengan jin tersebut..jika kamu tidak berputus asa untuk mengganggu..merasuk badan Siti Aisyah..saya pun tidak akan berhenti dan merasa putus asa untuk merawat Siti Aisyah..supaya kamu rasa terseksa dengan ayat2 ruqyah dengan izin Allah..namun Allah masih memudahkan urusan saya..jin tersebut kesakitan,terseksa,meraong dengan ayat ruqyah yang saya bacakan akhirnya dia kata nak keluar..saya kata kepadanya boleh kamu keluar tapi berjanji dulu dan bersumpah atas nama Allah..jika kamu masih juga merasuk badan Siti Aisyah..kamu akan dilaknat Allah dan seluruh makhluk di muka bumi ini juga akan melaknat kamu di atas kezaliman kamu..

PERJANJIAN

Jin itu pun bersetuju untuk berjanji dan bersumpah atas nama Allah dengan saya..setiap ucapan saya.. tersebut mengikuti sehingga selesai aku janji dan sumpah..dengan izin Allah dia sedar kembali seperti biasa..sehinggalah keesokan harinya dia di ruqyah lagi oleh saya untuk ruqyah kali ke empat..

untuk pastikan lagi jin tersebut betul2 keluar dan tidak datang lagi..sebab pada anggapan saya..jin itu akan datang lagi sebab bukan senang untuk memisahkan jin jatuh cinta dari badan pesakit yang sudah lama dicintainya..ruqyah kali ke empat ini Siti Aisyah dengan rela hati di ruqyah lagi..seperti biasa saya suruh duduk,tenang,fokus dengar betul2 ayat ruqyah sambil beristighfar dan berdoa dalam hati minta kesembuhan kepada Allah..seperti biasa saya baca doa2 Nabi..saya baca ayat2 quran atau ayat2 ruqyah..

alhamdulillah syukur pada Allah..kali ke empat ini Siti Aisyah bila diruqyah dalam keadaan tenang sahaja tanpa ada tindak balas adanya gangguan jin selama ayat2 ruqyah yang saya bacakan dan ini menunjukkan badan Siti Aisyah tidak lagi di masuk jin jatuh cinta tersebut..mudah2han jin tersebut tak datang lagi atas izin Allah..semuanya kami serah tawakal kepada Allah..Allah maha penyembuh..Allah maha pelindung..Allah maha pemelihara..Allah maha berkuasa keatas semua makhluknya..

Wallahu a’lam..

Credit: Ustaz Mohd Syahrizan (Ustaz Ijan)

Perkongsian daripada Mohd Hizzudin

Sumber Kisah MIsteri

Share.

Leave A Reply