Author: Admin Soleh

Abu Ziyad atau lebih dikenali sebagai Admin Soleh merupakan seorang penulis blog yang sangat berpengalaman. Beliau pernah mendapat anugerah penulis Ghost Writer terbaik pada tahun 2020.

Mayat Lelaki Hampir Reput Dijumpai Dalam Sebuah Rumah. | GEORGE TOWN – Mayat seorang lelaki ditemui hampir reput di bahagian luar bilik mandi rumah sewanya di tingkat 9, Taman Desa Rahmat, Persiaran Paya Terubong di sini hari ini. Mayat lelaki yang berusia dalam lingkungan 50-an itu dijumpai dalam keadaan hanya memakai seluar pendek dan badannya mula mengembung pada pukul 12.30 tengah hari tadi. Jiran berhampiran kediaman sewa lelaki tersebut kemudiannya bertindak menghubungi pasukan MERS bagi membantu membuka pintu pagar besi rumah berkenaan selepas mangsa tidak kelihatan sejak seminggu lalu. Bagaimanapun, penduduk berkenaan langsung tidak terhidu bau busuk dari dalam kediaman…

Read More

Seorang Wanita Ditemukan Bunuh Diri Dalam Kereta. | IPOH: Mayat seorang wanita dipercayai membunuh diri ditemukan di dalam keretanya yang diletakkan di belakang bangunan kedai di kawasan perindustrian Jelapang di sini semalam. Mayat wanita berusia 29 tahun yang merupakan pengurus di pusat jagaan orang-orang tua di sini itu ditemukan di dalam kereta jenis Mazda sekitar pukul 9.15 pagi. Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata, wanita itu ditemukan tidak sedarkan diri oleh orang awam di bahagian pemandu kenderaan berkenaan. Katanya, ketika dijumpai, enjin kereta itu telah dimatikan namun terdapat kuali bertangkai yang mengandungi arang terbakar di bahagian…

Read More

Jadual Waktu Berbuka Puasa Seluruh Negeri Kedah Tahun 2021.Alhamdulillah, Telah Tiba Kepada Kita Satu Bulan Yang Dinanti-nantikan Oleh Setiap Umat Islam Di Seluruh Dunia. Kedatangannya Sangat ditunggu Kerana Bulan Ini Menjanjikan Peluang Yang besar Untuk Seluruh Umat Islam Meningkatkan Keimanan Dan Ketakwaan Kepada Allah SWT. Bulan Ramadan Adalah Bulan Yang Penuh Dengan Keberkatan Dan Kemuliaan. Berikut ialah lampiran Takwim atau Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Ramadhan pada tahun 2021 (Masihi) bersamaan 1442 (Hijrah) bagi seluruh kawasan di negeri Kedah. Semoga lampiran jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa bulan Ramadhan tahun 1442H / 2021M yang disertakan dapat memudahkan umat Islam…

Read More

Seorang Wanita Serang Ibu Pejabat Polis Ditembak Mati. | JAKARTA: Seorang wanita bersenjata disyaki pengganas ditembak mati selepas melepaskan enam das tembakan di kawasan Mabes Polri (ibu pejabat polis Indonesia) di Jakarta. Ketua Polis Indonesia, Listyo Sigit Prabowo dalam sidang media malam ini berkata suspek berusia 25 tahun itu memasuki kawasan Mabes Polri kira-kira pukul 4.30 petang tadi. “Suspek memasuki melalui pintu masuk belakang (Mabes Polri), kemudiannya melepaskan empat tembakan di satu pos kawalan di Mabes Polri, dan dua das tembakan kepada anggota polis di kawasan berkenaan, anggota polis kemudiannya bertindak menembak suspek, ” katanya yang tidak menyatakan jenis senjata…

Read More

Lelaki Hilang 3 Hari Akhirnya Ditemui Mati Atas Bumbung. | Klang: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu, sebaliknya ditemukan mati berulat di atas bumbung sebuah kedai besi di Kampung Bukit Kapar, Meru di sini, semalam. Mangsa berusia 54 tahun dipercayai terjatuh dari pokok mangga berhampiran kedai itu sebelum mayatnya ditemui. Ketua Polis Daerah Klang Utara Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata, pihaknya mendapat panggilan berhubung penemuan mayat itu pada jam 7 petang semalam. Beliau berkata, mangsa bekerja mengambil upah mengecat di lokasi kejadian sejak seminggu yang lalu. “Siasatan awal mendapati tiada kesan perbuatan jenayah pada tubuh mangsa. “Saksi…

Read More

“Sayang, B Nak Naik Sangat”. Mangsa Lemas Hadir Dalam Mimpi Isteri. | HULU TERENGGANU – ‘Sayang, B nak naik sangat, rindu nak jumpa sayang, tolonglah B’. Itu antara kata-kata mangsa lemas ketika hadir dalam mimpi isterinya. Syarifah Ramlee, 19, berkata, dia mimpikan suaminya, Ami Azzizol Abu Bakri, 22, ketika terlelap di atas rumah rakit di lokasi kejadian pada jam 2 pagi. Menurutnya, selepas tersedar dia dimaklumkan suaminya sudah ditemui. Dia yang baharu seminggu berkahwin dengan suaminya itu berkata, dalam mimpinya itu suaminya bersungguh-sungguh memanggilnya memberitahu yang dia hendak naik dan mungkin itu salah satu petanda dia akan dijumpai. “Sebaik tersedar…

Read More

Mayat Lelaki ‘Berkain Kapan’ Ditemukan Tepi Jalan. | KUALA KANGSAR – Mayat lelaki dalam keadaan berbungkus ‘kain kapan’ dan kanvas plastik ditemukan di tepi jalan di Kilometer 57, Jalan Gerik-Kuala Kangsar berhampiran Kampung Lubok Merbau di sini hari ini. Mayat berbalut kain berwarna putih dan selimut bercorak kartun itu ditemui orang awam di jalan menghala ke Kuala Kangsar kira-kira pukul 10.15 pagi sebelum melaporkan kepada pihak polis. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner Anuar Othman berkata, anggotanya yang tiba ke lokasi sejurus menerima maklumat mendapati terdapat mayat seorang lelaki dibalut dengan kain dan kanvas. “Mangsa dipercayai warga tempatan…

Read More

Polis Dedahkan Pengantin Baru Pengebom Gereja. | JAKARTA: Polis Indonesia melakukan serbuan di beberapa lokasi yang dipercayai menjadi tempat persembunyian anggota kumpulan pengganas di Condet, Jakarta Timur dan Bekasi, Jawa Barat, pada Isnin, susulan kes letupan di Gereja Katedral Makassar pada Ahad. Portal berita Kompas TV melaporkan, Ketua Polis Daerah Metro Jaya, Fadil Imran mengesahkan operasi tersebut. Sementara itu Ketua Bahagian Hubungan Masyarakat Polis Indonesia, Argo Yuwono mendedahkan, dua pengebom bunuh diri yang maut di pintu gerbang gereja itu merupakan pasangan suami isteri. “Pelaku serangan adalah pasangan suami isteri yang baru menikah enam bulan,” kata Argo dalam keterangannya turut mendedahkan…

Read More

Rumah Terbakar Sejam Sebelum Majlis Pertunangan Berlangsung. | Hari bahagia seorang gadis bertukar tragedi apabila rumah keluarganya terbakar sejam sebelum majlis pertunangan berlangsung. Sebuah rumah musnah terbakar sejam sebelum majlis pertunangan berlangsung di kediaman terbabit di Kampung Parit Mustaffa Darat, Parit Sulong, dekat sini, hari ini. Saksi kejadian, Izzat Syafaat Ismail, 29, berkata, kejadian berlaku jam 1.20 petang manakala majlis berkenaan dijangka berlangsung pada jam 2.30 petang. “Kebetulan saya hadir ke rumah berkenaan untuk bertugas sebagai jurugambar majlis pertunangan itu dan saya lihat sendiri api marak membakar rumah berkenaan begitu cepat. “Keadaan ketika itu agak kelam-kabut kerana ahli keluarga berkenaan…

Read More

Video Detik-Detik Bom Meletup Di Hadapan Gereja. | JAKARTA – Satu ledakan bom dilaporkan meletup di hadapan sebuah gereja di Sulawesi Selatan pagi ini, lapor laman berita Detik News hari ini. Kejadian pada pukul 10.28 pagi waktu tempatan yang berlaku di jalan berdekatan Gereja Katedral Makassar itu dipercayai dilakukan oleh pengebom berani mati. Beberapa penduduk awam dilaporkan mengalami kecederaan namun tiada kenyataan rasmi yang dikeluarkan setakat ini. Menurut paderi gereja tersebut, Romo Wilhelmus Tulak, pengebom berkenaan cuba untuk memasuki gereja namun tidak berjaya. “Seorang pengawal keselamatan terlihat seorang lelaki mencurigakan berdiri di hadapan pintu gereja dan berusaha untuk memasuki gereja.…

Read More