Seorang Tahanan Ditemui Mati Tergantung Dalam Lokap. | Kuala Lumpur: Seorang tahanan lelaki ditemui meninggal dunia dalam keadaan tergantung dengan baju tahanan di jeriji besi pintu sel lokap Balai Polis Cheras, di sini, kelmarin. Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, kejadian itu disedari oleh petugas di lokap berkenaan pada 12.30 tengah hari. “Petugas itu mendapati seorang tahanan lelaki berusia 54 tahun berkenaan tergantung di jeriji besi pintu sel lokap menggunakan baju tahanan yang dibekalkan. “Kejadian itu disedari petugas lokap ketika proses membawa keluar tahanan lain di sel lokap bersebelahan untuk proses siasatan kes lain. “Ketika…
Author: Admin Soleh
Pemandu Lori Dikepung Dan Dipukul Orang Kampung. ADA VIDEO. | Kuala Langat: Pemandu lori cedera dipercayai dipukul orang awam ketika cuba melarikan diri selepas terbabit kemalangan di Jalan Perak Kanan, Kampung Bukit Changgang, dekat sini, petang semalam. Lelaki berusia 53 tahun itu mengalami kecederaan di kepala, leher, muka, belakang badan serta tangan dan kaki. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Superintendan Azman Shariat berkata, lelaki berkenaan dipukul selepas melanggar sebuah motosikal dan cuba melarikan diri. “Dalam kejadian jam 5.50 petang itu, lelaki berkenaan dipercayai cuba melarikan diri selepas melanggar penunggang motosikal berusia 21 tahun yang sedang bergerak dari arah…
Lelaki Hilang Di Hospital. Akhirnya Mayatnya Ditemui. | Gombak: Mayat lelaki Orang Asli yang hilang ketika menerima rawatan di Hospital Selayang sejak 1 Mac lalu ditemukan tersangkut pada paip di tingkat enam hospital itu, malam tadi Mayat L Angah, 79, ditemukan pihak hospital sebelum menghubungi ahli keluarganya jam 11 malam memaklumkan kejadian itu. Mangsa dipercayai terjatuh dari tingkat 10 bangunan hospital dan tersangkut pada paip di tingkat enam. Menantunya, Salhamzurie Hamzah, 39, berkata, bapa mentuanya dihantar ke Hospital Orang Asli Gombak (HOAG) pada 27 Februari lalu selepas muntah ketika makan dan badan panas. Menurutnya, pihak HOAG pada mulanya mengesyaki bapa…
Kereta Lari Daripada Polis. Ini Tindakan Berani Anggota PDRM. | Satu video yang diambil daripada Pages Info Roadblock JPJ/POLIS menunjukkan sebuah kereta alza lari daripada anggota Polis. Maklumat awal diterima sebuah kenderaan Perodua Alza mengcurigakan sedang parking berhampiran McDonald’s Bandar Baru Bangi. Anggota Unit URB PDRM mendekati kenderaan untuk pemeriksaan tetapi pemandu enggan memberi kerjasama dan cuba melarikan diri. Kelihatan di dalam video tersebut, tiga anggota Polis mendekati kereta terbabit. Namun kereta berkenaan mengundur untuk mengelak didekati oleh anggota Polis yang berada di tempat kejadian. Selepas itu kereta terbabit terus bergerak ke hadapan dan kelihatan seorang anggota Polis berada di…
Seorang Wanita Bunuh Rakannya Untuk Dapatkan Duit. | Kerana duit manusia sanggup melakukan apa sahaja. Seorang penjual kuih sanggup membunuh rakan senegaranya sendiri hanya untuk mendapatkan duit bagi melangsaikan hutangnya. Baca selanjutnya. Subang Jaya: Terdesak mahu mendapatkan wang bagi menjelaskan hutang, seorang wanita penjual kuih warga Indonesia tergamak menghentak rakan senegaranya hingga mati di Pangsapuri Angsana USJ 8, di sini, petang Isnin lalu. Kejadian berlaku pada 4 petang ketika suspek berusia 39 tahun itu menghubungi mangsa untuk meminta bantuan mengangkat anaknya kerana tangannya cedera. Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, pihaknya menerima laporan daripada suami…
Seorang Lelaki Tertimbus Timbunan Tanah Selama 2 Jam. | KLANG – Seorang pekerja kontraktor Tenaga Nasional Berhad (TNB) ‘berselisih’ dengan ajal apabila terselamat dalam timbusan tanah lebih dua jam ketika melakukan kerja-kerja pemasangan kabel di Jalan Haji Abdul Manan 1, Taman Industri Meru di sini, hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 2.34 petang itu, mangsa, Muhammad Mustajrim Md. Kamalrudin, 22, tertimbus hingga paras kepala dalam lubang sedalam hampir 2.5 meter. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, berdasarkan maklumat awal mangsa sedang menjalankan kerja-kerja pemasangan kabel berhampiran longkang besar dengan dipenuhi air. “Secara tiba-tiba berlaku rebakan tanah ketika…
Hero Cilik. Apa Yg Adik Ini Sedang Lakukan Buat Ramai Orang Respek. | Sukar untuk gambarkan hati seseorang yang bergelar pencinta kucing. Mereka kebiasannya akan sayangkan kucing mereka dengan sepenuh hati. Haiwan itu juga mempunyai personaliti dan karektornya yang tersendiri. Bermulalah dari sekecil tapak tangan sehinggalah membesar dengan jayanya, seekor kucing dapat memberikan kita pelbagai sebab untuk menyayangi dan mengaguminya. Iklan Namun, bukan semua yang suka pada kucing itu benar-benar layak boleh bergelar pencinta kucing kerana perasan itu lahir secara semula jadi dan bukan dibuat-buat. Buktinya, baru-baru ini tular di Twitter apabila tersebar beberapa keping foto seorang kanak-kanak lelaki berumur…
Selepas Tular Akhirnya Pelajar Ini Tampil Mohon Maaf. | Kota Bharu: Seorang pelajar yang mencarut guru dengan menconteng di belakang baju sekolah sambil menunggang motosikal mengaku bersalah dan memohon maaf atas tindakannya itu. Pelajar tingkatan lima sebuah sekolah di Kota Bharu itu turut menjelaskan motosikal yang ditunggangnya itu bukan miliknya. “Saya mengaku salah secara terbuka atas kesalahan saya yang menulis perkataan mencarut guru di belakang baju sekolah. “Motosikal yang saya tunggang juga bukan motosikal saya, pemilik motosikal adalah kawan kepada abang saya. Pemilik motosikal tidak bersalah, yang bersalah adalah saya. “Pemilik motosikal juga bekerja di luar Kelantan. Sekali lagi saya…
Lelaki Warga Emas Meninggal Dunia Atas Bumbung Rumah. | Ajal maut telah ditetapkan oleh Allah. Ianya tidak lambat atau cepat walaupun sesaat. Seorang lelaki telah ditemui meninggal dunia di atas bumbung rumah ketika sedang membaiki rumah. Baca selanjutnya. Kulim: Lelaki warga emas meninggal dunia selepas ditemukan tidak sedarkan diri di atas bumbung sebuah rumah di Taman Tiong, di sini, hari ini. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 11.21 pagi. Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim tiba…
Ini Tindakkan JPJ kepada Pemilik Motosikal Yg Dinaiki Pelajar. | Baru-baru ini tular gambar pelajar baru selesai menduduki peperiksaan SPM menconteng belakang baju mereka dengan perkataan kotor. Ramai yang menasihati, mengecam dengan tindakan mereka supaya mereka menyedari perbuatan mereka itu salah jika mereka terbaca gambar tular mereka itu. Hari ini, JPJ Kelantan mengeluarkan satu kenyataan bahawa mereka turut mengambil tindakan terhadap pemilik motosikal berkenaan. Baca selanjutnya. KOTA BHARU – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan telah mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap pemilik motosikal yang dinaiki oleh pelajar yang tidak memakai topi keledar sehingga kejadian itu tular di media sosial baru-baru ini. Pengarahnya,…